, ,

Isteri Nabi Musa Bersikap Profesional Ketika Berurusan Dengan Nabi Musa Sebelum Mereka Berkahwin

pyramid

Masa anak perempuan Nabi Syuaib berjumpa dengan Nabi Musa dalam keadaan tersipu-sipu malu, dia berkata: “Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. (Surah Al-Qasas 28:25)

Apa teladan yang korang boleh contohi?

Sebagai muslimah, kalau sekiranya ada urusan untuk korang berhubung dengan lelaki bukan mahram, korang kena straight to the point saja, beritahu terus apa hajatnya. Tak perlu sembang perkara-perkara yang tiada keperluan.

Haa, macam dalam kisah anak perempuan Nabi Syuaib yang salah seorangnya menjadi isteri Nabi Musa ni, dia terus beritahu tujuannya adalah kerana ayahnya menjemput Nabi Musa, jadi bukan kerana dirinya sendiri yang nak berjumpa tetapi hanya sekadar sampaikan hajat ayahnya.

Secara tidak langsung, ia dapat menutup pintu fitnah atau sebarang sangkaan buruk.

Tidak terkecuali, perlu ada sifat malu dalam diri korang, seperti mana anak perempuan Nabi Syuaib yang berasa malu ketika perlu berjumpa Nabi Musa.

Kalau memang korang terpaksa berurusan dengan lelaki bukan mahram, jangan pula korang berbual dengan gaya ‘manja’ yang tidak sepatutnya kerana dikhuatiri akan timbulnya penyakit hati atau keinginan nafsu yang menjurus ke arah dosa.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

يَٰنِسَآءَ ٱلنَّبِيِّ لَسۡتُنَّ كَأَحَدٖ مِّنَ ٱلنِّسَآءِ إِنِ ٱتَّقَيۡتُنَّ فَلَا تَخۡضَعۡنَ بِٱلۡقَوۡلِ فَيَطۡمَعَ ٱلَّذِي فِي قَلۡبِهِۦ مَرَضٞ وَقُلۡنَ قَوۡلٗا مَّعۡرُوفٗا

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (Surah Al-Ahzab 33:32)

Selain tu, anak perempuan Nabi Syuaib juga ada bagi cadangan: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat (qowiy), lagi amanah (amin).”

Cuba korang fikir, kenapa ‘qowiy’ dan ‘amin’? Kenapa tak sebut ‘qowiy’ saja, takpun sebut ‘amin’ saja?

Sebab kedua-dua ciri inilah yang melahirkan mukmin profesional!

‘Amin’ tu maksudnya amanah, suatu ciri yang tidak akan diperoleh melainkan dengan keimanan kepada Allah dan yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikannya dalam sesuatu urusan walaupun tiada orang di sekeliling. Maka, ciri ‘amin’ menjadikan seseorang itu mukmin.

‘Qowiy’ tu maksudnya kuat, bukan sekadar kuat dari segi fizikal, tetapi juga kuat dari segi mental, kuat dari segi kemahiran atau kepakaran masing-masing. Maka, ciri ‘qowiy’ menjadikan seseorang itu profesional.

Qowiyyul amin perlu datang seiringan, tak boleh diasingkan. Seolah-olah… ‘qowiy’ tu berkait rapat dengan urusan dunia, ‘amin’ tu berkait rapat dengan urusan akhirat.

Nota kaki : Artikel ini ditulis oleh Aizuddin Hamid. Layari https://t.me/aizuddinhamiid untuk perkongsian bermanfaat.