,

Cara Berfikir Dalam Al-Quran

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.

(Surah Al-Kahfi, Ayat 109)

Perkataan tafakkur disebut 18 kali dengan menggunakan perkataan perbuatan, fakkara.

Ini bermakna, fakkara digunakan bagi menggambarkan proses dan tidak bersifat konsep semata-mata.

Dalam bahasa Arab, ia bermaksud berfikir. Jika mengikut kata Professor Malik Badri, istilah ini lebih jelas dalam maksudnya berbanding tafkir. 

Tafakkur mengaitkan hal berfikir ini kembali kepada akhirat dan Allah.

Hasil hujungnya adalah iktibar. Perkataan tafkir pula lebih kepada proses berfikir yang menyentuh kepada penyelesian kehidupan sekarang.

1. Befikir dalam Keadaan Berharap atau Wishful

Dalam Surah Munafiqun ayat ke-10 disebutkan peirhal orang yang berharap peluang kedua selepas peringatan diberikan.

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh."

2. Berfikir dalam Keadaan Ingin Tahu

-Berfikir dalam keadaan ingin tahu banyak disampaikan dalam bentuk soalan bagi menentukan kepastian.

Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? "Lalu dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)? "Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman: (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaanya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimanan Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging. 'Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: sekarang akau mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kiasa atas tiap-tiap sesuatu".

(Surah Al-Baqarah, Ayat 259)

-Mengingatkan perihal terdahulu

(Dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumu, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

(Surah Al-Fatir, Ayat 44)

3. Pemikiran Saintifik Berasaskan Ketepatan

Allah menunjukkan kebesaran-Nya melalui wahyunya yang mendorong manusia melihat sesuatu perkara secara analisis sebagaiman penciptaan manusia dalam surah Al-Hajj ayat 5:

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketuh daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan;

(Kami jadikan secara yang demikian) kerana kami hendak menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian kami mengeluarkan kamu berupa kanan-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyak segingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.

Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menunmbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

(Surah Al-Hajj, Ayat 5)

4. Berfikir Secara Konseptual

Ada ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan bagaimana dua perkara yang tidak berkaitan digabungkan dan menjadi satu konsep bagi menerangkan maksud tertentu.

Misalnya, Allah memberitahu konsep takwa dengan perkataan pakaian dalam surah Al-Baqarah ayat 187.

"...Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka..."

(Surah Al-Baqarah, Ayat 187)

Perihal perintah mengenai solat dalam Quran juga diangkat secara konsep dan diperincikan melalui hadis yang memperkembangkan maksudnya.

5. Berfikir Melalui Persepsi

Bagi mengubah persepsi nilai terhadap akhirat dan menunjukkan kedudukan hari akhir pada mata hamba-Nya, Allah menyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 216;

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

6. Berfikir Secara Empati

Dalam surah Al-Baqarah ayat 186, Allah memberitahu bagaimana Dia mengambil berat ke atas hamba-Nya yang berdoa;

Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

(Surah Al-Baqarah, Ayat 186)

7. Berfikir Menggunakan Analogi

Penggunaan analogi membesarkan perspektif seseorang apabila berfikir mengenai sesuatu keadaan.

Pendekatan berfikir ini dapat dilihat dalam surah Ibrahim ayat 24 & 25 apabila Allah membuat perbandingan antara ayat orang yang beriman dan tidak beriman;

"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

(Surah Ibrahim, Ayat 24)

"Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)."

(Surah Ibrahim, Ayat 24)

8. Berfikir Menggunakan Visual

Berfikir secara visual ditunjukkan oleh Allah dalam memberitahu kita bagaimana keadaanya Hari Penghakiman.

Lihat bagaimana Allah memberitahu situasinya secara jelas sekali dalam Surah Al-Hajj ayat 1 dan 2.

"Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.

(Surah Al-Hajj, Ayat 1)

Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan."

(Surah Al-Hajj, Ayat 2)

9. Berfikir Secara Reflektif

Dalam Surah Sad ayat 29, Allah menyebutkan berkaitan refleksi semula ke atas mesej yang diwahyukan.

"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang nerakal sempurna beringat mengambil iktibar."

(Surah Sad, Ayat 29)

10. Berfikir Secara Rasional

Menggunakan dalil akal dalam membentuk cara berfikir yang rasional.

Rasional ini dilihat dari aspek metodologi, tidak ada pertentangan secara konsep pun ia tidak kabur, mempunyai nilai yang munasabah dan parktikal.

Dalam Surah Al-Tur ayat 35 sehingga 36, Allah melontarkan soalan rasional ke atas mereka yang tidak mempercayai kewujudan-Nya.

(Mengapa merek tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?

(Surah Al-Tur, Ayat 35)

Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).

(Surah Al-Tur, Ayat 35)

11. Berfikir Menggunakan Hipotesis

Peristiwa Nabi Ibrahim mencari Tuahan dengan soalan hipotesis digambarkan dalam Surah Al-An'am ayat 76 sehingga 78.

"(Mengapa mereka tidak berimaan?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?"

(Surah At-Tuur, ayat 35)

Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya)".

12. Berfikir Secara Positif

Nasihat Nabi Yaakub ke atas anaknya agar berfikir positif ke atas Allah disebutkan dalam surah Yusuf ayat 87.

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan iniplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnyatidak berputus asadari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."

(Surah Yusuf,ayat 87)

13. Berfikir Secara Objektif

Berfikir menggunakan pembuktian sebagaiman disuruh oleh Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 111 dan Al-Naml ayat 64.

"Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannnya (hidup semula sesudah matinya). Dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang benar."

(Surah Al-Naml, ayat 64)