,

Apakah Nilai Masa Di Sisi Kita?

Kata Imam Hasan al-Basri RA :

يا إبن أدم, إنما أن أيام, فإذا ذهب يوم ذهب بعضك

“Wahai anak adam, sesungguhnya engkau adalah hari, jikalau berlalunya hari itu, telah perginya sebahagian darimu.”

Masa adalah salah satu nikmat utama yang diberikan oleh Allah kepada manusia.  Ia adalah umur bagi hayat seseorang dan pembuktian kewujudan kita dalam mengurus dan memanfaatkannya  

Terdapat banyal dalil daripada Al-Quran dan Hadis mengenai nikmat masa yang dikurniakan oleh Allah, antaranya :

وَسَخَّرَ لَكُمُ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَۖ وَٱلنُّجُومُ مُسَخَّرَٰتُۢ بِأَمۡرِهِۦٓۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ  

Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi kaum yang mahu memahaminya.” (Surah An-Nahl: 12)

Siang dan malam adalah dua anugerah yang diberikan oleh Allah. Nikmat ini adalah masa yang kita telah, sedang, dan akan lalui.

Pada hujung ayatnya, hanya orang yang berakal mampu berfikir mengenai kepentingan masa dan nikmat yang diberikan.

Masa dalam bahasa arab ialah (العصر) iaitu memerah sesuatu sehingga menitis. Iaitu apabila kita memerah baju basahan, maka ia akan menitis atau mengeluarkan air. ( Mu’jam Maqayis Lughah)

Maka masa pada sisi manusia adalah zaman yang ada pada mereka dan perlulah mereka memerah sekuatnya untuk mendapat dan mengeluarkan istifadah (manfaat).

Masa di sisi manusia adalah hak mereka, di mana mereka wajib memanfaatkan dan menyibukkan diri mereka dengannya. (al-Khittah al-Baraqah Lizi al-Nafs al-Tawaqah)

Tidak hairanlah bagi para ulama’ di mana mereka sebenarnya memahami Fiqh Al-Asr (Fiqh Masa) ini.

Mereka menyerahkan seumur hidup mereka dengan mengorbankan semua yang ada pada mereka untuk mendapat nikmat masa ini.

Seperti kisah Imam At-Thabari, dalam jadual sehariannya dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat iaitu beliau menulis pada waktu Zohor sehingga Asar, duduk bersama masyarakat untuk sesi pembacaan dan pengajaran sehingga Maghrib.

Kemudia beliau belajar sehingga akhir waktu Isyak. Kata anak muridnya, Qadi Abu Bakar,” Imam Thabari telah menyusun siang dan malamnya untuk dirinya, agamanya dan penciptanya.”

Begitu juga Imam al-Haramain, Imam Juwaini, beliau berkata, “Aku tidak tidur dan tidak makan secara lazimnya. Kecuali aku akan tidur jika terlalu mengantuk dan makan jika berasa lapar.”

– Ibn Asakir : 80 jilid (kitab sejarah)

– Ibn Hazm : 400 jilid (bersamaan 80,00 halaman)

– Abu Hassan al-Asha’ri :  50 kitab (berkaitan melawan kumpulan sesat, perkara yang susah untuk dikarang)

– Ibn Qayyim : 50 jilid

Bagi kita sungguh mustahil apa yang telah dilakukan oleh ulama’ terdahulu tetapi sebenarnya tidak kerana mereka memahami Fiqh al-Asr dan akhirnya mereka mendapat keberkatan masa daripada Allah.

Perlulah kita sedari bahawa tugas kita di dunia terlampau banyak kerana kita perlu “memerahkan” masa yang singkat ini untuk memberikan manfaat kepada diri kita dan umat islam. (الواجبات أكثر من الأوقات).

Para ulama telah berjaya memanfaatkan masa mereka kerana tahu betapa besarnya nilai masa masa di sisi mereka.

Jadi persoalannya, apakah nilai masa di sisi kita?

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Muhammad Nabil bin Abd Halim.

Anda berminat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam dan berpeluang memenangi hadiah Utama RM300 dengan cara menghantar artikel hasil penulisan anda? Klik sini (sah sehingga 15 Disember 2018 sahaja)

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%