, ,

Kita Berbalah, Mereka Gagah

Sejarah Islam silam apabila ditelusuri dengan teliti, sebenarnya sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil iktibar daripadanya.

Namun syaratnya mestilah ada yang membacanya terlebih dahulu. Malangnya apabila tiada yang membaca, sejarah Islam hanya tersimpan kaku di rak-rak buku.

Lebih awal lagi, Allah s.w.t. telah memberi ingatan supaya mengambil iktibar daripada setiap peristiwa yang berlaku. Firman-Nya:

“Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian antara kamu orang yang mati syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang yang zalim.” (QS Al Imran 3: 140)

Kekalahan di Uhud Satu Pengajaran

Ayat di atas merujuk kepada kisah Peperangan Uhud yang berlaku di antara umat Islam dan kaum musyrikin Makkah. Semua tahu tentang kisah ini.

Tentera Islam dikalahkan, ramai para sahabat yang syahid, bahkan Rasulullah s.a.w. sendiri cedera parah.

Imam al-Tabari dalam tafsirnya menyebut bahawa kekalahan itu disebabkan keingkaran pasukan pemanah terhadap arahan Baginda.

Apabila kemenangan dilihat sudah berada di tangan kaum Muslimin, sebahagian besar pasukan pemanah terus bertindak meninggalkan kedudukan mereka bagi mendapatkan ghanimah

Akibatnya, pasukan Islam ditinggalkan tanpa perlindungan pasukan pemanah.

Peluang keemasan ini kemudian diambil oleh pasukan berkuda Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal untuk menyerang dari belakang.

Barisan tentera Islam menjadi kucar-kacir akibat serbuan pasukan berkuda tersebut.

Para sahabat masing-masing berusaha untuk melindungi Rasulullah s.a.w. dan ramai juga yang terkorban.

Ketika itu, tersebar berita bahawa Baginda telah terkorban.

Justeru, kisah ini seharusnya menjadi iktibar.

Namun, sudah tentulah iktibar itu tidak akan diperoleh sekiranya al-Quran tidak dibaca dan difahami isi kandungannya

Begitu jugalah dengan sejarah Islam. Iktibar tersebut bertujuan agar kesilapan masa silam tidak lagi berulang.

Perpecahan yang Merugikan

Ya, perpecahan memang merugikan. Lihatlah akibatnya apabila pasukan pemanah di medan Uhud memilih untuk berpecah.

Akhirnya seluruh pasukan kaum Muslimin ditimpa kekalahan

Sekarang, mari kita lihat perpecahan yang berlaku dalam sejarah Islam serta impaknya

Perpecahan

Impak

Perpecahan wilayah Dunia Islam antara kerajaan Saljuqiyyah (Sunni) dan Fatimiyyah (Syiah) di timur tengah.

Kedatangan tentera Salib dan kejatuhan Bait al-Maqdis ke tangan mereka.

Wujudnya kerajaan-kerajaan kecil semasa era pemerintahan Khalifah Abbasiyyah dan Umaiyyah di al-Andalus.

Wilayah Islam di timur dijarah oleh tentera Mongol, manakala wilayah di barat pula dijarah oleh tentera Salib.

Sentimen anti-Uthmaniyyah dalam kalangan kaum Arab sehingga tercetusnya the Great Arab Revolt.

Menyebabkan Palestin menjadi wilayah kekuasaan Britian dan seterusnya dijadikan negara haram Israel.

Itulah yang saya katakan, “Kita berbalah, mereka megah!”

Tatkala kita sibuk dengan konflik dalaman yang tidak berkesudahan, musuh-musuh Islam mengambil peluang untuk menguatkan diri mereka. Mereka menguasai ekonomi, teknologi, ilmu dan sebagainya.

Kita? Masih berada di takuk lama. Seharusnya kita sedar bahawa perpecahan tidak akan menjadikan kita kuat. Kita lihat pula sekiranya umat Islam bersatu:

Kesatuan

Impak

Sultan Salahdin al-Ayyubi berjaya mengumpulkan pasukan tentera Islam di bawah kepimpinannya bagi menghadapi tentera Salib.

Bait al-Maqdis berjaya direbut dari tangan tentera Salib. 

Tentera Islam pimpinan Sultan Saif al-Din Qutuz berjaya mengumpulkan pasukan bagi menghadapi serangan tentera Mongol.

Tentera Mongol berjaya dikalahkan di Ain Jalut dan seluruh wilayah Syam kembali dikuasai umat Islam.

Umat Islam menyahut seruan Sultan Abdul Hamid II untuk memberi bantuan kewangan.

Projek Kereta Api Hijjaz berjaya dilaksanakan.

Begitulah sejarah Islam apabila bukan sahaja dibaca, bahkan dihayati untuk diambil iktibarnya.

Mungkin kita biasa membicarakan soal peristiwa sejarah sahih atau tidak. Namun, kita jarang menyebut tentang apa yang kita dapat belajar daripadanya baik dan buruk.

Rujukan:

Al-Qur’anul-Karim, Al Imran: 140

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%