Penyakit wahn, iaitu cintakan dunia dan takutkan mati adalah perkara yang harus kita hindari.
Kematian dan hari pembalasan itu sesuatu yang pasti. Alangkah ruginya jika kita tertipu dengan dunia yang sementara ini.
Namun apa tandanya kita lebih mencintai dunia berbanding akhirat yang hakiki?
Antaranya:
- Lalai daripada mengingati Allah.
- Tidak merasa bersalah apabila melakukan dosa.
- Sayang harta (tamak).
- Halalkan semua cara mencari harta tanpa fikir soal haram halal.
- Sibuk hingga lupakan akhirat.
- Sibuk salahkan orang lain jika gagal.
- Tidak bersungguh cari kebenaran.
- Tidak beri peluang pada orang lain.
Bagaimana pula kita mahu menjaga hati daripada rasa terlalu taksub dengan dunia ini?
- Sentiasa berzikir dan beristighfar.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d ayat 28)
- Sentiasa mengingati mati.
- Hidup seperti ghuraba’ (orang asing atau yang bermusafir) di dunia sementara ini.
- Mensyukuri setiap nikmat dan bersabar dengan ujian.
- Sentiasa mengingatkan diri tentang akhirat yang kekal.
- Mengenalpasti kepentingan, keperluan dan kemewahan dalam hidup.
- Pelihara diri daripada keburukan dunia.
- Sentiasa membaca dan memahami ayat al-Quran.
- Zuhud terhadap dunia (mengambil sekadarnya).
“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).” (Surah Al-‘Ankabuut ayat: 64)
Kita tidak perlu meninggalkan dunia sepenuhnya. Namun contohilah para sahabat Nabi yang menjadikan dunia tempat untuk mereka semakin mendekatkan diri dengan Allah.
Moga sahaja kita tetap dipelihara hatinya daripada melakukan kemungkaran dalam melalui perjalanan menuju akhirat yang kekal abadi. Insya-Allah.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Anem Arnamee. Pernah terlibat dengan beberapa buah antologi cerpen & puisi. Buku terkini beliau ialah Bianglala Melukis Syurga (antologi puisi kemerdekaan bersama dengan rakan-rakan penulis). Beliau juga aktif menulis di blog beliau: https://arnamee.blogspot.my
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.