,

Mencapai Kemanisan Iman

Kemanisan Iman merupakan puncak kepada kebahagian hati.

Hati tidak akan bahagia jika jiwa ini tidak mencapai tiga (3) syarat kemanisan iman.

3 syarat kemanisan iman ini telah dijelaskan di dalam Kitab Sahih Al-Bukhari.

Hadis ini seharusnya menjadi pendorong visi dan misi hidup kita bagi mencapai cinta yang sebenar-benar cinta.

Daripada Anas Bin Malik RA: “Tiga perkara, barangsiapa yang ada semuanya itu padanya nescaya ia akan mendapat kemanisan iman, adalah Allah SWT dan RasulNya lebih dikasihi daripada yang lain dari keduanya. Dan bahawa ia kasih akan seseorang, tiada kasihnya itu melainkan kerana Allah, dan bahawa ia benci kembali kepada kepada kufur sepertimana ia benci bahawa ia akan dicampakkan ke dalam api.” (Hadith riwayat Bukhari)

Hadith ini adalah diriwayatkan oleh sahabat Nabi yang masyhur iaitu Anas Bin Malik RA.

Anas Bin Malik RA pernah menjadi khadam kepada Rasulullah selama 10 tahun di mana beliau berkata Rasulullah tidak pernah berkata padanya, “Kenapa kamu buat demikian” ataupun, “Jangan buat”.

Ia menunjukkan tingginya akhlak dan budi pekerti Rasulullah dalam hubungan sesama masyarakat. Anas bin Malik RA yang telah meriwayat hadis sebanyak 2286 hadith.

Hadith di atas menjelaskan cinta yang sebenar-benar cinta adalah cinta kepada Allah S.W.T.

Teringat penulis akan sebuah hadith lain yang menyentuh jantung hati ini,

“Lelaki yang mengingati Allah secara sendirian lalu matanya menangis.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Manakala tanda cinta hakiki apabila menjadikan RasulNya sebagai panduan di dalam hidupnya. Di dalam sebuah firman Allah S.W.T.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali-Imran 3:31)

Berdasarkan firman Allah S.W.T di atas, Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya:

Ayat yang mulia ini menghukumkan setiap orang yang mendakwa kasihkan Allah, sedangkan dia tidak mengikuti Sunnah Nabi Muhammad bahawa dia sebenarnya dusta sehingga dia mengikut syariat Muhammad dan agama NabiNya dalam segala tutur kata dan amalan-amalannya.

(Sumber: S.S Datuk Dr Zulkifli Mohamad al- Bakri)

Sebahagian tanda matinya hati ialah jika tidak merasa sedih (susah) kerana tertinggalnya suatu amal kebaikan (kewajiban) dan juga tidak menyesal jika terjadi sesuatu pelanggaran dosa“.

(Kitab Tasauf Syarah Al Hikam di dalam Hikmah ke 48)

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Muhd Ridhuan bin Sulaiman. Berasal dari Shah Alam, Selangor. Kini, berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Ibu Pejabat JKR, Malaysia.

Adik kepada penulis ada menyediakan perkhidmatan “Private Martial Art Lesson” di Seksyen 19, Shah Alam. Sila hubungi adik penulis, Muhammad Ikram di talian 017-603 9997 untuk sebarang pertanyaan. Layari https://www.instagram.com/ikramtyson/

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.