, , ,

Lihatlah Bagaimana Allah Memuliakan Wanita

Wahai muslimah…

Ketahuilah bahawa dirimu terlalu berharga.

Yakinilah, percayalah,

ada terselit kebahagiaan daripada dirimu walau secebis…

 

Wahai muslimah…

Usahlah terlalu layankan angan-angan yang panjang,

sehinggakan dirimu lupa dan leka akan tanggungjawab dan amanahmu.

Tangkaslah, percepatkanlah langkahmu dalam segala hal walau dirimu lelah…

 

Wahai muslimah…

Dirimu penyeri dunia.

Allah terlalu cintakan muslimah sehingga mengangkat tinggi darjatmu di sisiNya.

Ketahuilah bahawa muslimah itu ada kekuatan tersendiri, jangan terlalu lemah…

 

Wahai muslimah…

Elakkanlah dan jauhkanlah perasaan yang menghalang kita daripada redha Allah.

Jagalah ikhtilatmu dengan lelaki ajnabi.

Berpendirian tegaslah, usahlah lembutmu kau tunjukkan pada yang bukan halal untukmu.

Ketahuilah bahawa dirimu terlalu istimewa.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Siti Sarah binti Shamsuddin. Berasal dari Sungai Petani, Kedah. Seorang mahasiswi (praktikal) di USIM. Artikel ini merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai sayembara penulisan iluvislam.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Total votes: 10

Upvotes: 8

Upvotes percentage: 80.000000%

Downvotes: 2

Downvotes percentage: 20.000000%