, ,

Apa Perbezaan Akhlak, Etika Dan Moral?

Akhlak merupakan kata jamak daripada khuluq yang bermaksud bentuk kejadian manusia dari sudut batin (dalaman), dalam masa yang sama berkait dengan khalq yang memfokuskan bentuk kejadian manusia dari sudut lahir (luaran).

Jadi, akhlak merupakan gabungan antara zahir dan batin diri seseorang. Ia merupakan perlakuan baik atau buruk seseorang yang berlaku tanpa difikirkan atau dirancang.

Contohnya, orang yang mempunyai akhlak pemurah tidak akan berfikir panjang untuk menderma apabila melihat orang susah yang memerlukan bantuan.

Sebaliknya, orang yang mempunyai akhlak kedekut akan berfikir beberapa kali untuk mengeluarkan wangnya dan diberi kepada orang yang memerlukan.

Apa yang terzahir melalui perlakuannya, ia mencerminkan apa yang ada dalam hati seseorang.

Cuma, apa yang menjadi persoalan adalah hubungan mengenai akhlak, etika dan moral. Apa perbezaannya?

(1) Akhlak

Tindakan atau kelakuan yang bersandarkan pada agama melalui panduan al-Quran dan hadis.

(2) Etika

Berasal daripada perkataan ethos (bahasa Yunani) iaitu adat atau cara hidup. Ia bertanggungjawab dalam menentukan tindakan baik atau buruk seseorang.

Ada beberapa etika yang dicatatkan dalam sejarah seperti etika Hindu, etika Buddha, etika Yunani Kuno, Etika Kung Fu Tze dan etika Islam.

(3) Moral

Berasal daripada perkataan moralis (bahasa Latin) iaitu tingkah laku yang sesuai dengan peraturan dalam sesebuah masyarakat, namun ia tidak semestinya berpaksikan pada pandangan agama.

Contohnya, lelaki dan wanita belum berkahwin yang tinggal bersama, ia tidak dianggap sebagai isu moral di barat malah dianggap biasa, tetapi di negara Islam ia tidak dibenarkan malah haram di sisi agama.

Wallahu’alam.

What do you think?

-7 points
Upvote Downvote

Total votes: 17

Upvotes: 5

Upvotes percentage: 29.411765%

Downvotes: 12

Downvotes percentage: 70.588235%