, ,

7 Ciri Maqam Dalam Ilmu Tasawuf, Ada Sebahagiannya Kita pernah Lalui

Ahli tasawuf sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, antaranya melalui maqam tertentu.

Maqam seolah-olah tempat perhentian sementara dalam perjalanan menuju Allah. Jadi, semakin hampir seseorang dengan Allah, semakin tinggi maqamnya.

Sepanjang perjalanan untuk ke maqam tertentu, seseorang itu harus bermujahadah sehingga dia mempunyai persediaan secukupnya untuk mencapai maqam yang lebih tinggi.

Terdapat tujuh maqam untuk mendekatkan diri kepada Allah, iaitu:

(a) al-tawbah (taubat) : Taubat ialah kembali tunduk kepada Allah daripada berbuat maksiat kepada berbuat ketaatan.

(b) al-wara’ (warak) :Warak ialah sikap takut yang mendorong seseorang untuk meninggalkan perkara harus sebagai sikap berhati-hati.

Daripada Imam al-Bukhari yang mengambil kata-kata Hasan bin Abu Sinan, “Tidak ada sesuatu yang lebih mudah daripada sifat warak. Tinggalkanlah sesuatu yang meragukan kamu kepada sesuatu yang tidak meragukan kamu.”

(c) al-zuhd (zuhud) : Zuhud ialah tidak merasa bangga dengan kemewahan dunia dan tidak merasa sedih apabila kehilangannya.

(d) al-faqr (fakir) : Fakir ialah orang yang tidak memiliki harta atau kesenangan dunia. Namun, ada empat keadaan orang fakir iaitu zuhud, rela, qanaah (berasa cukup) dan rakus harta.

(e) al-sabr (sabar) : Sabar ialah menahan diri daripada berbuat perkara yang tidak disukai Allah.

(f) al-tawakkal (tawakal) : Tawakal ialah berserah kepada Allah setelah melakukan usaha.

(g) al-mahabbah (cinta) : Cinta ialah kepatuhan kepada Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Wallahu’alam