, ,

Tokoh-tokoh Ilmu Tasawuf Semasa Awal Islam

Tasawuf adalah usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, sedangkan tarekat adalah cara atau jalan yang ditempuhi seseorang dalam usaha untuk mendekat diri kepada Allah.

Ulama memberikan pandangan yang berbeza mengenai asal perkataan tasawuf. Antaranya, tasawuf berasal daripada perkataan:

(a) Ahli suffah : Para sahabat Nabi yang majoritinya hidup susah dan tinggal di halaman Masjid Nabi.

(b) Saf : Barisan pertama iaitu golongan yang selalu menjadi terawal dalam beribadah.

(c) Suf : Bulu iaitu baju bulu kasar dan murah yang selalu dipakai oleh orang zuhud yang juga ahli tawasuf.

(d) Al-safa’ : Suci atau bersih.

Walaupun perkataan ‘sufi’ atau ‘tasawuf’ tidak digunakan pada zaman Nabi, namun asas kepada ilmu tasawuf itu sendiri telah wujud sejak zaman Baginda.

Jadi, berdasarkan sejarah, orang pertama yang menggunakan perkataan ‘sufi’ ialah Abu Hasyim al-Kufi (wafat 150 H) manakala perkataan ‘tasawuf’ pula telah dikenali sebelum 200 H.

Jom kita lihat tokoh ilmu tasawuf semasa awal Islam.

(a) Abad ke-1 dan ke-2 Hijrah

Pada zaman sahabat, antaranya ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Salman, Abu Dzar.

Pada zaman tabi’in, antaranya ialah Hasan al-Basri (110H), Rabi’ah al-Adawiyah (185H), Sufyan al-Tsauri (161H).

(b) Abad ke-3 dan ke-4 Hijrah

Pada abad ke-3 H, antaranya ialah Abu Yazid al-Busthamy (261H), Junaid al-Baghdadi (298H), al-Hallaj (309H).

Pada abad ke-4 H, antaranya ialah Musa al-Anshari, Imam al-Ghazali.

Malah, pada abad ini juga ilmu tasawuf berkembang dengan pesat dan mula menjelaskan perbezaan ilmu zahir dan batin yang dapat dibahagikan kepada empat iaitu ilmu syariah, ilmu thariqah, ilmu haqiqah dan ilmu ma’rifah.

Wallahu’alam.