Korang tahu tak, ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang percaya bahawa politik terpisah dengan agama? Sedangkan, Islam begitu menekankan bahawa politik termasuk dalam bidang perbahasan Islam.
Kenapa mereka berfikir sebegitu? Sebab mereka telah terpengaruh dengan fahaman oleh pemikir barat yang berterusan mengasingkan agama dan politik, yang juga disebut sebagai negara sekular.
Imam Al-Ghazali mengatakan: “Ketahuilah bahawa syariah adalah dasarnya dan raja adalah penjaga. Oleh itu, sesuatu yang tidak berdasar akan runtuh dan sesuatu yang tidak berpenjaga. Oleh itu, sesuatu yang tidak berdasar akan runtuh dan sesuatu yang tidak berpenjaga, pasti akan hilang.”
Tiada sifat yang membezakan politik Islam dengan politik barat, iaitu pemerintahan Islam mestilah bersandarkan:
1. Hukum wahyu
2. Syura
3. Khalifah
Menurut Syeikh Abu A’la Al-Maududi, ada lima matlamat utama pembikinan sesebuah negara umat Islam, iaitu:
1. Mengelakkan eksploitasi antara manusia, kelompok atau kelas dalam sesebuah masyarakat.
Contohnya, Allah melarang perbuatan memakan harta anak yatim dan ia merupakan dosa besar.
2. Memelihara kebebasan ekonomi, politik, pendidikan dan agama serta melindungi seluruh warganegara daripada pencerobohan asing.
Contohnya, Allah mensyariatkan zakat supaya dapat merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin.
3. Menegakkan sistem keadilan sosial yang seimbang dan menyeluruh sebagaimana yang dikehendaki oleh Al-Quran.
4. Membanteras setiap kejahatan dan menggalakkan amalan kebajikan dengan tegas seperti yang dikehendaki oleh Al-Quran.
Contohnya, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada sebarang kemungkaran.
5. Menjadikan negara sebagai tempat tinggal yang aman dan damai bagi setiap warganegara dengan cara melaksanakan hukuman tanpa diskriminasi.
Jadi, dalam kitab Al-Madinah Al-Fadilah, Al-Farabi menyatakan bahawa negara terbaik menyamai struktur tubuh manusia yang sihat dan sempurna. Setiap anggota tubuh badan saling bekerjasama untuk menyempurnakan kehidupan. Sepertimana setiap anggota tubuh badan mempunyai kelebihan sendiri, seperti itu jugalah umat manusia yang berbeza-beza namun perlu saling bekerja mengikut kebolehan masing-masing.