, ,

Sistem Muamalat Dalam Islam, Penting Ke?

Muamalat membawa maksud perbuatan atau pekerjaan.

Dari segi istilah pula, muamalat Islam merujuk kepada urusan transaksi harta mengikut undang-undang Islam.

Jadi, fiqh muamalat sudah semestinya menggunakan rujukan al-Quran dan hadis, di samping rujukan lain seperti ijmak, qiyas dan ijtihad para ulama.

Muamalat merangkumi hablumminannas iaitu hubungan manusia dengan manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing namun ia berlandaskan syariat Islam.

Bidang ekonomi menjadi salah satu cabang dalam muamalat.

Secara asas, segala harta atau hasil yang ada di bumi adalah milik Allah, jadi manusia perlu berusaha untuk menguruskannya dengan cara yang diredhai Allah.

Dalam al-Quran, ada beberapa ayat yang menerangkan tentang prinsip asas dalam sistem muamalat Islam, antaranya:

Allah Subhanahu Wa Ta’ala  berfirman:

وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ

“…Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba…” (Surah al-Baqarah 2:275)

Dalam ayat lain pula, Allah Subhanahu Wa Ta’ala  berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً عَن تَرَاضٖ مِّنكُمۡۚ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya),

kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu…”

(Surah an-Nisa’ 4:29)

Ada beberapa kontrak yang diguna pakai dalam sistem muamalat Islam antaranya al-bai’ (urusan jual beli), al-mudarabah / al-musyarakah (perkongsian keuntungan), al-ijarah (penyewaan) dan al-rahn (gadaian).

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 9

Upvotes: 5

Upvotes percentage: 55.555556%

Downvotes: 4

Downvotes percentage: 44.444444%