, ,

Kisah Umar Sebagai Ketua Hakim Tidak Bersetuju Dengan Khalifah Abu Bakar

Korang tahu kan, dalam sesebuah negara Islam, terdapat badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman?

Masa zaman Rasulullah, Bagindalah yang memegang jawatan semua itu kerana Baginda sendiri merupakan Nabi dan pemimpin agung bagi umat akhir zaman ini.

Namun, setelah kewafatan Baginda, ketika zaman Abu Bakar, Abu Bakar mengasingkan badan eksekutif dan badan kehakiman.

Abu Bakar menjadi ketua eksekutif manakala Umar pula menjadi ketua kehakiman.

Badan kehakiman tidak terpengaruh dengan badan eksekutif, bersikap adil dan tidak berat sebelah. Setiap umat Islam haruslah diadili dengan sebaik mungkin tanpa mengira agama, kaum mahupun pangkat!

Ketika Umar menjadi ketua hakim semasa pemerintah khalifah Abu Bakar sebagai ketua eksekutif, Umar boleh mengeluarkan arahan yang bertentangan dengan arahan Abu Bakar pada ketika itu setelah menimbang sesuatu masalah secara adil berpandukan al-Quran dan sunnah.

Ketika zaman khalifah Abu Bakar, ada suatu peristiwa mengenai dua orang bukan Islam iaitu Akrai bin Habis dan Uyaina bin Hisn. Mereka meminta kelulusan tanah terbiar, lalu Abu Bakar membenarkannya.

Setelah diketahui Umar yang merupakan ketua hakim pada ketika itu, beliau terus memanggil mereka dan menggugurkan pemilikan tersebut, hujahnya adalah kerana umat Islam pada ketika itu masih belum kuat.

Setelah itu, Umar berjumpa dengan Abu Bakar.

Umar : “Kenapa engkau memberikan hak milik tersebut, adakah ia harta kamu atau harta umat Islam?”

Abu Bakar mengatakan bahawa ia adalah harta kaum Muslimin.

Umar : “Apa hak kamu untuk memberikannya?”

Abu Bakar : “Aku meminta pandangan sahabatku yang duduk di sisiku tetapi sekarang aku sedar ia adalah kesilapanku.”

Ketika Akrai dan Uyaina bertemu semula kepada Abu Bakar untuk meminta tanah itu, Abu Bakar menyatakan: “Aku tidak boleh membuka kembali perkara yang telah diputuskan oleh Umar.”