Ini adalah kisah sahabat Nabi Muhammad. Dalam artikel ini ada 5 kisah keberanian sahabat Nabi yang luar biasa. Antaranya Saidina Abu Bakar, Umar ibn Khattab, Khalid ibn Walid, Ammar bin Yasir dan Al-Barra’.
Kisah Sahabat : Abu Bakar r.a.
Diriwayatkan oleh Al-Bazzar daripada Ali r.a., beliau berkata:
“Wahai sekalian sahabat-sahabatku, beritahu siapakah orang yang paling berani di antara manusia?”
Sahabat yang lain berkata, “Engkau, wahai Amirul Mukminin”.
Beliau berkata, “Adapun aku aku tidak pernah bertarung dengan seseorang kecuali aku menuntut balas daripadanya. Beritahu kepadakusSiapakah orang yang paling berani di antara manusia?”
Mereka menjawab, “Kami tidak tahu siapa“
Ali r.a. berkata,
“Abu Bakar. Sesungguhnya ketika peperangan Badar terjadi, kami semua menjadi pelindung bagi Nabi s.a.w, maka kami berkata : Siapakah yang mengiringi nabi agar orang-orang musyrik tidak ada yang berani menyerangnya?”
Demi Allah tidak ada yang berani di antara kami kecuali Abu Bakar. Seraya menghunus pedangnya di atas kepala Rasulullah sehingga tidak ada daripada orang musyrik yang berani menyerang kecuali ia menyerangnya”
Kisah Sahabat: Umar ibn Khattab r.a.
Diriwayatkan oleh Ibnu Asyakir daripada Ali bin Abu Talib r.a. beliau berkata,
“Setakat yang aku ketahui tidak ada seorang pun yang berani berhijrah secara terang-terangan kecuali Umar ibnu Khattab. Sesungguhnya ketika beliau ingin berangkat untuk berhijrah dia pun menyandang pedangnya dan menggantungkan panah di bahunya sambil memegang sebahagian anak panahnya kemudian ia pun pergi ke Kaabah.
Pada waktu itu para pembesar Quraisy berada di sekeliling Kaabah. Umar berkeliling sebanyak 7 kali di sekeliling Kaabah kemudian melaksanakan solat dua rakaat di depan makam Ibrahim kemudian ia mendatangi orang-orang yang berkumpul di situ satu persatu dan berkata,
“Sesiapa yang ingin ibunya kehilangan anaknya, anaknya menjadi yatim, dan isterinya menjadi janda, aku persilakan untuk menemuiku di belakang lembah ini.”
Maka tidak ada satu pun yang berani mendatanginya .
Kisah Sahabat: Khalid ibn Walid r.a.
Diriwayatkan oleh Bukhari daripada Khalid ibn Walid beliau berkata.
“Sesungguhnya tanganku telah dihujani dengan 7 pedang pada perang muktah sehingga di tanganku tidak ada yang tersisa kecuali selembar yamaniah”
Menurut riwayat Al-Waqidi daripada Abu Az-Zannad, beliau berkata,
“Ketika Khalid menjelang wafat menangislah ia kemudian berkata:
Sesungguhnya aku telah mengikuti begini dan begitu sebagai perajurit perang sehingga ditubuhku ini tidak ada satu jengkal pun kecuali telah penuh dengan bekas tikaman pedang atau tusukan tombak atau tusukan anak panah. Tapi inilah aku sekarang. Aku hanya mati di atas tilam ku secara terhina seperti matinya seekor unta, maka tidaklah pernah tidur mata orang-orang penakut.”
Kisah Sahabat: Ammar bin Yasir r.a.
Diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Abdurrahman As-Silmi r.a., beliau berkata:
“Sewaktu kami pergi berperang pada perang Siffin bersama Ali r.a. dan dia menyerahkan kepada kami dua orang lelaki. Ketika kaum tersebut lalai ia menyerang mereka dan dia tidak akan kembali sehingga pedangnya berlumuran darah lalu ia berkata, “Maafkan aku, demi Allah aku tidak akan kembali sehingga pedangku tumpul”.
Abu Abdurrahman As-Silmi lalu berkata, aku lihat Ammar dan Hashim bin Utbah berjalan di antara dua barisan pasukan. Lalu Ammar berkata:
“Wahai Hashim, demi Allah, perintahnya (musuh) harus dilanggar dan bala tenteranya harus dihinakan.
Kemudian ia berkata lagi, ”Wahai Hashim, syurga berada di bawah kilatan pedang. Pada hari ini aku akan bertemu orang yang kucintai, Muhammad s.a.w. dan pengikutnya”
Abu Abdurrahman berkata lagi, “Kemudian Ammar mulai bergerak menuruni lembah yang ada di sisi dan aku melihat sahabat-sahabat Muhammad mengikuti Ammar r.a.seakan-alan mereka memiliki ilmu.”
Kisah Sahabat : Al-Barra’ bin Malik r.a.
Diriwayatkan oleh As-Siraj dalam kitab Tarikh-nya daripada Anas:
“Bahawa Khalid bin Walid berkata kepada Al-Barra’ pada hari peperangan Yamamah:
“Bangkitlah wahai Al-Barra’ ”, kata Khalid.
Maka bangkitlah Al-Barra’ dengan menunggang kudanya. Dia pun memuji Allah kemudian berkata, “Wahai penduduk Madinah, tidak ada taman hari ini bagi kamu. Taman hari ini hanyalah Allah yang Maha Esa dan syurga”
Kemudian berangkatlah ia bersama pasukannya. Yamamah pun berjaya mereka kalahkan. Kemudian Al-Barra’ menemukan penguasa Yamamah dan dia pun memukulnya sampai terjatuh ke tanah.
Lalu Al-Barra’ mengambil pedangnya dan menebasnya dengan pedang itu. Penguasa Yamamah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.