,

Kerana Allah Tahu Kita Mampu

Allah Tahu Kita Mampu

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَا نُكَلِّفُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَآ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡجَنَّةِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ  ٤٢

42.  dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekedar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni surga; mereka kekal di dalamnya. - QS Al-Araf

Dalam ayat ini, pemberitahuan nasib orang-orang beriman dan ganjarannya ada terpisah dengan kalimah.

“kami tidak membebankan kepada sesiapa lebih dari kemampuannya.”

Sebagai contoh kren – orang yang mencipta kren sudah tentu tahu kapasiti muatan alat itu. 

Jadi dia mencipta kren dengan kapasiti yang sesuai.

Jika kita kata kepada pembuat kren itu tidak logik untuk membuat kren 100 tan yang digunakan untuk mengangkat 500 tan, agaknya Allah yang memberi kita akal, adakah dia akan mengurniakan kepada manusia lebih dari kemampuannya?

Allah tidak akan membebankan manusia. Hanya bezanya apabila kemampuan itu diukur oleh kita, kemampuan itu berbeza mengikut kapasiti setiap orang.

Apabila Allah meletakkan perintah, pasti perintah ini boleh dilaksanakan. 

Jika ada yang berkata dia tidak boleh meninggalkan anaknya, ini ketentuanNya kepada saya, orang lain boleh sahaja. 

Jangan dinilai ketidakmampuan meninggalkan dosa mengatakan Allah sudah jadikan saya macam ini, tetapi orang lain boleh.

Saya telah ditentukan ada kecenderungan macam perempuan contohnya …. Lepastu takkan mahu jadi perempuan.

Kalau yang meletakkan neraca itu Allah, mestilah betul dan tepat. Perintah itu sesuai dengan semua. 

Jika perintah itu tidak sesuai dengan kita, kita yang bermasalah, bukan perintah Allah.

Yang mencipta Allah, yang tahu kemampuan kita Allah, maka Allah berfirman:

…لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ ….

286.  Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya- QS Al-Baqarah:286

Pengajarannya adalah tiada perintah dan larangan Allah yang diturunkan melainkan manusia mampu melakukannya. 

Jika manusia mengingkarinya, itu datang dari kehendak mereka sendiri yang tidak berusaha untuk berubah walaupun mereka mampu melakukannya.

Rujukan:

Cocombee, Kerana Allah Tahu Kita Mampu

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

https://www.youtube.com/watch?v=JP41VJLCFCA