,

Amaran Allah SWT Ke Atas Utusan Nasrani

Nabi yang diutus sebelum Nabi Muhammad SAW ialah Nabi Isa AS. 

Baginda diutus oleh Allah dengan dibekalkan kitab Injil untuk disampaikan kepada kaumnya.

Malangnya, Nabi Isa bukan sahaja diakui oleh kaumnya sebagai seorang nabi

Malah mereka mengakuinya sebagai tuhan yang berhak disembah sedangkan tidak pernah Baginda minta untuk disanjung sedemikian rupa

Sebaliknya, Baginda telah berulang kali memberi peringatan pada kaumnya bahawa dirinya bukanlah tuhan yang berhak disembah.

Tetapi hanyalah sebagai rasul Allah untuk menyampaikan syariat-Nya.

Namun begitu, kaumnya tetap berdegil. 

Oleh kerana Baginda menentang keras pendapat kaumnya, mereka bertindak untuk menangkap dan menyalib Baginda.

Namun, Allah SWT telah menyelamatkan Baginda dengan mengangkatnya naik ke langit.

Sementara salah seorang pemuda daripada kalangan mereka yang mempunyai wajah yang serupa dengan Baginda telah ditangkap dan disalib kerana disangkakan Nabi Isa.

Pemuda yang disalib itu kemudian disembah sebagai tuhan mereka. 

Nabi Isa masih hidup hingga sekarang dan akan diturunkan semula ke muka bumi menjelang Kiamat bagi menegakkan hukum Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Sehingga akhirnya dunia ini akan aman sentosa daripada sebarang kekacauan dan kemaksiatan dan sekelian umat manusia hidup mewah sehinggalah baginda. 

Setelah wafatnya, maka kekacauan dan kemaksiatan timbul semula di merata tempat laksana cendawan tumbuh setelah hari hujan.

Apabila berlaku hal yang demikian, menandakan kiamat sudah terlalu hampir tibanya. 

Demikianlah kepercayaan kaum Nasrani yang mengakui Nabi Isa bukan semata-mata nabi tetapi juga sebagai tuhan mereka yang berhak disembah dari dahulu hinggalah sekarang. 

Diceritakan daripada Ibnu Abbas RA bahawasanya,

Satu kumpulan penganut agama Nasrani dari negeri Najran di Yaman, telah datang ke kota Madinah untuk mengadap Nabi Muhammad SAW

Jemaah kaum Nasrani itu dipimpin oleh seorang ketua paderi iaitu yang masyhur di kalangan mereka

Setelah mereka mengadap Nabi, mereka bertanya,

Apakah maksudmu, wahai Muhammad, engkau menyebut nyebut nama tuhan kami?

Rasulullah bertanya pula,

Siapakah tuhan kamu?

Mereka menjawab,

Engkau perkatakan sebagai hamba Allah

Jawab Rasulullah,

Sebenarnya Isa bukan tuhan yang berhak disembah tetapi dia juga adalah hamba Allah sepertimana diri kamu

Kata orang Nasrani,

Apakah benar apa yang engkau cakapkan itu? Kalau benar, sila berikan bukti-buktinya

Lalu Rasulullah membacakan ayat Al-Quran sebagai jawapan pertanyaan mereka, yang lebih kurang bermaksud,

Sesungguhnya perumpamaan Isa di sisi Allah adalah seperti Adam yang telah dijadikan Allah daripada tanah

Dari perumpamaan ayat di atas, Allah Maha Kuasa untuk menciptakan Adam tanpa mempunyai ibu dan bapa, apatah lagi menciptakan Nabi Isa yang hanya mempunyal ibu.

Maka apakah dalil yang membuktikan Nabi Isa itu setaraf kedudukannya dengan Tuhan yang menciptakan dirinya? 

Sabda Rasulullah selanjutnya,

Sesungguhnya sa itu bukan tuhan atau anak tuhan sebagaimana kepercayaan kamu sekelian

Apabila mereka mendengar ayat yang dibacakan oleh Nabi, lalu mereka menafikan (dustakan) firman Allah tersebut.

Mereka mendakwa bahawa ayat itu adalah palsu.

Bantahan kaum Nasrani terhadap ayat yang dibacakan oleh baginda Rasul itu sangat keras.

Akhirnya turunlah firman Allah yang lebih kurang bermaksud,

Maka barangsiapa yang datang berbantah-bantah padamu, hai Muhammad, sesudah datang padamu ilmu pengetahuan yang menerangkan bahawasanya Isa itu adalah hamba Allah dan pesuruhNya

Maka katakanlah pada mereka, marilah kita panggil anak cucu kita dan anak cucu kamu dan isteri-isteri kita dan juga isteri-isteri kamu, kemudian kita bersungguh sungguh berdoa pada Tuhan, agar diturunkan bala ke atas orang-orang yang mendustakan perihal Isa itu

Setelah turun ayat itu, Rasulullah lalu memanggil Ali, Fatimah dan cucunya Hasan dan Husain, lalu baginda berdoa,

Ya Tuhanku, inilah keluargaku

Apabila dibacakan ayat-ayat Allah, maka orang-or ang Nasrani berkata pada Rasulullah S.A.W,

Benarkanlah kami kembali kepada kaum kami terlebih dahulu supaya dapat kami rundingkan masalah dan berdoa minta turun laknat ke atas sesiapa yang pendusta. Esok kami akan datang semula

Maka berkumpullah sekelian orang-orang Nasrani untuk merundingkan masalah itu.

Mereka bertanya pada pemimpinnya,

Bagaimanakah menurut pendapat tuan? Kita lakukankah apa yang telah dikatakan Muhammad?

Jawab pemimpin mereka,

Sesungguhnya kamu sekelian sudah mengetahui bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah. Jika kamu turuti sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuhannya, sudah pasti kamu sekelian akan binasa

Jika kamu tidak ingin hal yang demikian itu terjadi pada diri kamu, maka pergilah kamu padanya menyatakan bahawa kamu tidak sanggup untuk memenuhi apa yang telah diperintahkan. Kemudian kembalilah ke negerimu sendiri

Setelah mendapat nasihat daripada pemimpin mereka, berangkatlah mereka untuk mengadap Rasulullah S.A.W 

Di pertengahan jalan, mereka melihat Rasulullah sedang berjalan sambil mendukung Husain dan Hasan sementara Ali dan Fatimah mengiringi baginda.

Orang orang Nasrani mendengar baginda berkata pada anak, menantu dan cucunya,

Apabila aku berdoa, katakanlah ‘amin’

Apabila utusan-utusan Nasrani itu melihat hal yang demikian, berkatalah seorang dari pemimpin mereka,

Hai sekelian jemaah Nasrani, sesungguhnya aku lihat pada wajah Muhammad, jika dia meminta kepada Allah supaya dihapuskan satu gunung nescaya hapuslah dan hilanglah gunung tersebut dari tempatnya

Oleh sebab itu, jangan sekali-kali kamu mahu berlawan doa dengannya kepada Tuhan atau kamu akan binasa dan akan hapuslah orang orang Nasrani dari muka bumi hingga hari kiamat

Maka merekapun mengadap Rasulullah seraya berkata seorang daripada mereka,

Ya Abu Kassim (gelaran nabi), kami telah mengambil keputusan untuk tidak berlawan doa pada Tuhan. Biarlah engkau tetap atas agamamu dan kami atas agama kami 

Jawab Rasulullah S.A.W,

Aku terima keputusanmu. Tetapi hendaklah kamu semua memeluk agama Islam supaya kamu setaraf dengan orang-orang Islam

Akan tetapi, orang-orang Nasrani enggan menyahut seruan baginda.

Melihatkan kedegilan mereka yang tidak mempunyai alasan untuk mempertahankan pendirian mereka yang sesat itu, baginda lalu berkata,

Jika kamu tidak mahu memeluk Islam, nescaya kami akan memerangi kamu

Kata orang-orang Nasrani,

Ya Abu Kassim, kami tidak sanggup berperang dengan orang Arab tetapi kami hendak berdamai denganmu iaitu jangan engkau serang kami, jangan engkau mengancam kami dan jangan engkau larang kami daripada terus mengamalkan agama kami

Kami sanggup membayar ufti setiap tahun sebanyak dua ribu pasang pakaian

Seribu kami akan bayar pada setiap bulan Safar dan seribu lagi kami akan bayar pada setiap bulan Rejab disertakan dengan tiga puluh tiga baju rantai,  tiga puluh tiga ekor unta dan tiga puluh empat ekor kuda perang

Mendengar rayuan orang-orang Nasrani itu, maka Rasulullah menyambut baik cadangan mereka.

Maka kembalilah orang-orang Nasrani ke negeri Najran di Yaman. 

 

Rujukan: Himpunan Kisah-kisah Teladan 3 terbitan Syarikat Nurulhas. 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%