Korang mesti pernah nasihat pada orang lain,
Sabarlah…
Tapi, adakah ia semudah apa yang dikatakan di mulut? Bagaimana pula dengan orang ditimpa musibah itu?
Sabar ialah menahan diri daripada melakukan perkara yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah, bahkan sudah semestinya untuk mencari keredhaan Allah.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
وَٱلَّذِينَ صَبَرُواْ ٱبۡتِغَآءَ وَجۡهِ رَبِّهِمۡ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ وَيَدۡرَءُونَ بِٱلۡحَسَنَةِ ٱلسَّيِّئَةَ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ عُقۡبَى ٱلدَّارِ
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat. (Surah al-Ra’d 13:22)
.
.
.
Sabar boleh dibahagikan kepada lima bidang, iaitu:
- Sabar atas keinginan hawa nafsu
- Sabar atas kesusahan atau bala bencna
- Sabar atas kesusahan berdakwah ke jalan Allah
- Sabar atas kemewahan
- Sabar atas ketaatan yang banyak halangannya
Dalam pandangan lain, sabar juga hakikatnya adalah:
- Sabar dalam melaksanakan perintah Allah
- Sabar daripada melakukan larangan Allah
- Sabar apabila menghadapi musibah
.
.
.
Sebenarnya, orang Islam tidak cukup hanya mengaku beriman sahaja, tetapi orang Islam pasti akan diuji bagi melihat sama ada seseorang itu mampu bersabar atau sebaliknya.
Ujian itu diberi bagi membezakan antara orang beriman dengan orang munafik, melalui respon yang diberikan.
Jika mampu bersabar, alhamdulillah. Jika tidak, muhasabah diri semula.