,

Perjanjian Roh Manusia Dengan Allah SWT Sejak Sebelum Lahir Ke Dunia

Tahukah anda yang roh kita pernah bersaksi bahawa Allah ini Tuhan kita sejak sebelum kita lahir ke dunia?

Kalau tak percaya, jom baca ayat ini.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِيٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَهُمۡ وَأَشۡهَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡۖ قَالُواْ بَلَىٰ شَهِدۡنَآۚ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنۡ هَٰذَا غَٰفِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?”

Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.

(Surah Al-A’raf 7:172)

Perjanjian Agung ini menyaksikan bahawa roh kita sememangnya telah mentauhidkan Allah.

Namun, ingatan mengenai perjanjian tersebut telah dilenyapkan setelah kita lahir di dunia.

Supaya kita ‘menuntut’ semula ilmu yang telah kita ada sebelum ini, iaitu ilmu akidah bagi mengesakan-Nya.

Akidah berasal daripada perkataan ‘aqada’ yang bermaksud simpulan atau ikatan, secara tidak langsung ia melambangkan ikatan perjanjian.

Dari segi istilah pula, Imam al-Ghazali menyatakan bahawa akidah ialah berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.

Bukan itu sahaja, akidah juga melibatkan kepercayaan terhadap perkara sam’iyyat iaitu perkara ghaib yang hanya didengar melalui al-Quran dan hadis.

Seperti syurga, neraka, padang mahsyar, mizan dan lain-lain berdasarkan dalil naqli dan aqli.

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Total votes: 32

Upvotes: 22

Upvotes percentage: 68.750000%

Downvotes: 10

Downvotes percentage: 31.250000%