,

Fakta Menarik Tentang 4 Pengasas Mazhab Utama

MAZHAB HANAFI

  • Diasaskan Imam Abu Hanifah (nama sebenar Nu’man bin Tsabit).
  • Lahir pada tahun 80 H di Kufah, Iraq.
  • Mendalami pelbagai bidang ilmu, namun yang paling mendapat tempat di hati ialah ilmu hadith dan ilmu fiqh.
  • Dipaksa Khalifah Al-Mansur (pemerintah Abbasiyah) supaya Imam Abu Hanifah menjadi qadi kerajaan, tetapi beliau menolak.
  • Al-Mansur marah sehingga menghantar beliau ke penjara. Atas desakan masyarakat, Al-Mansur terpaksa membenarkan beliau meneruskan pengajian ilmu walaupun di penjara, sehingga menyebabkan ramai orang mula mengerumuni penjara.
  • Al-Mansur merasa kedudukannya mula tergugat, maka dia berpendapat bahawa nyawa Imam Abu Hanifah harus ditamatkan.
  • Meninggal dunia pada tahun 150 H (sekitar usia 70 tahun) akibat termakan makanan beracun yang diberi kepadanya.

.

.

MAZHAB MALIKI

  • Diasaskan Imam Malik (nama penuh Malik bin Anas).
  • Lahir pada tahun 93 H di Madinah.
  • Dikenali sebagai Syaikhul Islam, Hujjatul Ummah, Mufti al-Haramain dan Imam Daarul Hijrah.
  • Khalifah Harun Al-Rasyid pernah berkunjung ke Madinah dan mendengar kuliah kitab Al-Muwatta’ (himpunan hadith) yang disampaikan Imam Malik. Lalu, Harun Al-Rasyid menjemput beliau mengajar di istana, namun beliau menolak dan memberitahu bahawa manusia yang mencari ilmu sementara ilmu tidak akan mencari manusia.
  • Maka, Harun Al-Rasyid bersetuju datang kepada beliau dengan syarat tidak berada bersama rakyat jelata.
  • Imam Malik sekali lagi menolak kerana tidak mahu mengorbankan kepentingan umum semata-mata untuk memenuhi kepentingan peribadi.
  • Akhirnya, Harun Al-Rasyid bersetuju datang mendengar kuliah Muwatta’ Imam Malik bersama dua puteranya dan duduk bersama rakyat jelata.
  • Meninggal dunia pada tahun 179 H (sekitar usia 86 / 87 tahun) dan dimakamkan di Baqi’, Madinah.

.

.

MAZHAB SYAFI’I

  • Diasaskan Imam Syafi’i (nama sebenar Muhammad bin Idris), bersambung dengan keturunan Rasulullah iaitu Abdul Manaf bin Qushay. Ayahnya meninggal sebelum beliau dilahirkan.
  • Lahir pada tahun 150 H di Gaza, Palestin.
  • Menghafaz Al-Quran pada usia 9 tahun, menghafal kitab Al-Muwatta’ Imam Malik pada usia 10 tahun.
  • Semasa di Makkah, berguru dengan Sufyan bin Uyainah dan Mufti Muslim bin Khalid Al-Zanji. Pada usia 20 tahun, berpindah ke Madinah, berguru dengan Imam Malik. Kemudian, pergi ke Iraq dan belajar dengan pelajar kepada Imam Abu Hanifah.
  • Menetap di Baghdad pada tahun 195 H.  Pendapatnya di Baghdad dipanggil Qaul Qadim (pendapat lama). Kemudian, berpindah  ke Mesir dan pendapatnya dipanggil Qaul Jadid (pendapat baharu).
  • Meninggal dunia pada tahun 204 H (sekitar usia 54 tahun) di Mesir.

.

.

MAZHAB HANBALI

  • Diasaskan Imam Ahmad ibn Hanbal (nama penuh Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal).
  • Lahir pada 164 H di Baghdad.
  • Berguru dengan Imam Syafi’i.
  • Mempertahankan aqidah bahawa Al-Quran bukanlah sesuatu yang diciptakan dan Al-Quran bukan makhluk. Disebabkan pandangannya bertentangan dengan pemerintah, maka beliau dipenjarakan.
  • Meninggal dunia pada tahun 241 H (usia 77 tahun) di Baghdad.