,

Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar?

Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu golongan yang berpegang teguh dengan al-Quran, sunnah Rasulullah dan para sahabat Baginda.

Dalam erti kata lain, golongan ini mengikut perjalanan (sunnah) Rasulullah dan orang ramai (jamaah).

.

.

Menurut al-Baghdadi, terdapat 7 kelompok dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu:

  1. Kelompok Muslim yang mempunyai ilmu dalam bidang tauhid dan kerasulan.
  2. Kelompok Muslim yang menjadi tokoh dalam bidang fiqh dan mengikuti jalan sifatiyyah dari sudut akidah atau pegangan. Contohnya, empat empat mazhab iaitu Imam Syafi’i, Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Hanifah.
  3. Kelompok Muslim yang mempunyai ilmu dalam bidang hadis yang dipanggil sebagai ulama hadis.
  4. Kelompok Muslim yang mempunyai ilmu dalam bidang adab, nahu dan sorof yang dipanggil sebagai ahli bahasa dan nahu.
  5. Kelompok Muslim yang mempunyai ilmu dalam bidang bacaan al-Quran dan tafsirannya yang dipanggil sebagai ahli qiraat dan tafsir.
  6. Kelompok Muslim yang zahid dan sufi.
  7. Kelompok Muslim yang mengikuti ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam tauhid dan fiqh, malah tinggal di kawasan yang terdapat syiarnya.

.

.

Terdapat 3 prinsip utama Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu:

(i) Berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah.

(ii) Berpegang teguh dengan prinsip para salafus soleh.

(iii) Tidak menghukum sesuatu melainkan ada bukti yang sahih.

.

.

Antara 4 pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah:

(i) Al-Quran bukan makhluk, ia adalah kalam Allah yang bersifat qadim.

(ii) Orang beriman dapat melihat Allah pada hari akhirat.

(iii) Pelaku dosa besar masih lagi mukmin selagi imannya masih ada, tetapi dianggap fasik.

(iv) Iman boleh bertambah apabila melakukan ketaatan, tetapi iman boleh berkurang jika berbuat maksiat.