, ,

Rukun Islam, Apa Lagi Yang Korang Perlu Tahu

Semua orang tahu, rukum Islam ada 5 perkara, tapi tahukah korang mengenai perincian bagi setiap rukun itu?

Jom kita lihat sama-sama.

(a) Mengucap dua kalimah syahadah.

Kenapa disebut dua? Kerana pada asasnya, ada dua bahagian dalam kalimah ini.

Pertama, bersaksi untuk mentauhidkan Allah dengan hati yang ikhlas.

Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai zat serta sifat-Nya, tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah.

Kedua, bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah.

Malah, segala ketetapan (hukum) dan perkhabaran yang disampaikan oleh Baginda, wajib diyakini kita sebagai umatnya.

(b) Mendirikan solat lima waktu

Solat adalah tiang agama, jadi sesiapa yang meninggalkannya maka orang tersebut seolah-olah merobohkan agamanya.

Apa hukum bagi orang yang meninggalkan solat? Hukumnya adalah haram dan berdosa besar.

Dalam masa yang sama, orang yang menunaikan solat sepatutnya dapat mencegah dirinya daripada melakukan perkara keji dan mungkar, seperti yang dinyatakan dalam surah al-Ankabut ayat ke-45.

Jadi, kita masih bergelumang dengan dosa, cuba periksa bagaimana solat kita.

(c) Berpuasa di bulan Ramadan

Puasa berasal daripada perkataan ‘saum’. Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat dan syarat tertentu.

Puasa merupakan perkata wajib bagi semua umat Islam yang mukallaf, tujuannya supaya kita bertakwa, seperti yang dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat ke-183.

(d) Menunaikan zakat

Zakat ialah menyerahkan sebahagian daripada harta benda bagi umat Islam yang menepati syaratnya, secara tidak langsung dapat membersihkan diri daripada dosa, seperti yang dinyatakan dalam surah at-Taubah ayat ke-103.

Zakat yang berasal daripada perkataan bahasa Arab itu bermaksud bersih dan suci.

Antara hikmah kewajipan zakat adalah sebagai suatu tanda kesyukuran terhadap nikmat yang Allah berikan.

(e) Menunaikan haji

Setiap umat Islam yang berkemampuan diwajibkan untuk menunaikan haji sekali seumur hidup seperti yang dinyatakan dalam surah Ali ‘Imran ayat ke-97.

Antara hikmahnya adalah supaya dapat membersihkan dosa, meneguhkan iman, mengambil iktibar daripada sirah terdahulu dan sebagai syiar perpaduan umat Islam yang datang dari seluruh dunia.

Wallahu’alam.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%