,

Akad (Kontrak) Dalam Islam

Dalam muamalat Islam, kontrak atau akad sangat penting. Sebab apa?

Tanpa kontrak atau akad, maka jual beli, sewa atau gadai dianggap tidak sah.

Samalah juga seperti nikah, tanpa akad maka tidak sah pernikahan tersebut.

Dalam bahasa Arab, digunakan perkataan aqad atau kata jamaknya ialah uqud.

Akad bermaksud mengikat atau menyimpul.

Jadi, akad merujuk kepada ikatan perjanjian yang selari dengan syariat Islam melibatkan satu penawaran (ijab) dan satu penerimaan (kabul).

Menurut pandangan jumhur fuqaha, rukun kontrak atau akad terbahagi kepada empat iaitu:

(a) Sighatul al-‘aqd (pernyataan daripada pihak yang berakad)

Sighah adalah pernyataan ijab dan kabul daripada kedua-dua belah pihak.

Sighah boleh berlaku dalam bentuk lafaz atau tulisan.

Contohnya, penjual menawarkan buah berharga RM10, itulah ijab, maka pembeli menerima harga itu dan membayarnya, itulah kabul.

.

.

(b) ‘Aqidan (pihak yang mengadakan akad)

Antara syarat pihak yang melakukan akad mestilah dalam keadaan waras (tidak gila) dan cerdik (rushd) iaitu mampu menguruskan transaksi dengan baik.

.

.

(c) Maudhu’ al-‘aqd (tujuan akad)

Jika tujuan akad itu adalah untuk perkara-perkara yang tidak diredhai Allah, contohnya penjualan anggur untuk dijadikan arak, maka akad tersebut dianggap tidak sah.

.

.

(d) Mahallul al-‘aqd (objek akad)

Objek akad merujuk kepada benda yang sesuatu yang mempunyai nilai, dengan syarat ia tidak diharamkan dalam Islam.

Jadi, jika benda tersebut sesuatu yang haram seperti arak atau daging babi, maka benda itu tidak sah untuk akad dalam kontrak Islam.