, ,

Apa Beza Golongan Qadariah Dan Jabariah?

Korang pernah dengar mengenai Qadariah atau Jabariah?

Haa, kalau tak pernah, jom saya kongsikan mengenai kedua-dua golongan ini.

Qadariah berasal daripada perkataan qadara yang bermaksud kekuatan.

Golongan Qadariah percaya bahawa tidak ada campur tangan Tuhan dalam segala perkara yang dilakukan manusia.

Mereka berpandangan bahawa tidak ada sebab untuk mengaitkan perbuatan manusia dengan Tuhan.

Ada tiga kepercayaan golongan Qadariah, iaitu:

(i) Manusia mempunyai kemampuan untuk bertindak

(ii) Manusia mempunyai kemampuan untuk membuat pilihan

(iii) Manusia yang membuat keputusan untuk berbuat baik atau buruk, tanpa melibatkan Allah

Nak tahu tak, kenapa golongan Qadariah berfikiran sebegitu?

Seolah-olah semua yang dilakukan itu adalah atas pilihan manusia semata-mata?

Sebenarnya, mereka tersalah tafsir beberapa ayat al-Quran, antaranya: “Dan katakanlah, “Kebenaran itu datangnya daripada Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah dia beriman, dan barang siapa yang (kafir) biarlah dia kafir…” (Surah al-Kahfi 18:29)

Jabariah berasal daripada perkataan jabara yang bermaksud memaksa.

Golongan Jabariah percaya bahawa segala perbuatan disandarkan kepada Allah dan menolak perbuatan itu daripada manusia.

Jadi, seolah-olah manusia melakukan sesuatu tanpa ada pilihan dan dalam keadaan terpaksa.

Ada tiga kepercayaan golongan Jabariyah, iaitu:

(i) Manusia tidak mempunyai kemampuan untuk bertindak (kudrat)

(ii) Manusia tidak mempunyai kemampuan untuk membuat pilihan (iradat)

(iii) Segala perlakuan manusia adalah daripada Allah semata-mata

Jadi, korang dah nampak perbezaan Qadariah dan Jabariah?

Bagi Qadariah, segalanya daripada manusia semata-mata. Bagi Jabariah, segalanya daripada Allah semata-mata.

Maka, kedua golongan ini terkeluar daripada fahaman sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Wallahu’alam.