,

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri – JAKIM

cara solat sunat hari raya aidilfitri

Ini adalah cara solat sunat hari raya aidilfitri mengikut panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM. Panduan ini kami kongsikan untuk anda semua.

Solat sunat hari raya adalah solat sunat yang sangat dituntut. Tidak kira untuk muslimin dan juga muslimat. Cara solat hari raya pun mudah sahaja.

Cara Solat Sunat Hari Raya Rakaat Pertama

1. Memulakan solat dengan takbiratul ihram beserta niat dengan melafazkan Allahu Akbar.

cara solat sunat hari raya

2. Setelah takbiratul ihram, imam dan makmum boleh membaca Doa Iftitah.

3. Setelah selesai bacaan Doa Iftitah, mengangkat tangan bertakbir sebanyak tujuh (7) kali. Imam akan mula bertakbir dan diikuti makmum.

4. Membaca tasbih antara setiap kali takbir dengan lafaz:

Maksudnya: Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha
Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah
Yang Maha Tinggi dan Maha Agung

5. Seterusnya imam akan membaca surah al-Fatihah secara jahar (kuat) dan diikuti dengan bacaan
mana-mana surah atau ayat dari al-Quran. Afdal imam membaca surah Qaf dan surah al-Qamar.

6. Bagi makmum, mereka turut diwajibkan membaca surah al-Fatihah kerana ia merupakan rukun bagi
solat. Bacaan surah al-Fatihah bagi makmum lebih afdhal dibaca setelah imam selesai membaca surah
al-Fatihah.

7. Setelah itu, imam akan rukuk dan menyempurnakan rukun-rukun solat seperti biasa dengan diikuti oleh makmum.

Cara Solat Sunat Hari Raya Rakaat Kedua

1. Sebaik sahaja imam bangkit berdiri tegak untuk rakaat kedua, imam bertakbir dan diikuti makmum
sebanyak lima (5) kali takbir.

2. Sama seperti di rakaat pertama, makmum perlu melafazkan tasbih di antara takbir.

3. Setelah itu, imam akan membaca al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan mana-mana surah atau ayat
al-Quran. Afdal imam membaca surah al-A’laa dan al-Ghaasyiah.

4. Sebagaimana di rakaat pertama, makmum juga wajib membaca surah al-Fatihah sewaktu imam
membacakan surah atau ayat setelah selesai imam membacakan al-Fatihah.

5. Setelah itu, imam akan rukuk, sujud dan seterusnya sehingga selesai memberi salam.

6. Selepas selesai salam, Imam akan membacakan khutbah. Makmum duduk diam mendengar khutbah yang disampaikan.

Di bawah ini adalah video daripada Ustaz Karim menunjukkan panduan dan cara solat sunat hari raya aidilfitri:

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%