Ini adala cara solat sunat tasbih yang lengkap. Solat sunat tasbih merupakan salah satu dari banyak anugerah yang luar biasa yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya.
Solat ini tidak hanya dapat menghapus dosa sepenuhnya, tetapi juga membantu membangun hubungan yang dekat dengan Allah.
Panduan Solat Sunat Tasbih
Nabi Muhammad SAW suatu hari berkata kepada bapa saudaranya, Abbas RA:
“Wahai bapa saudaraku, tidakkah aku berikan kepadamu, tidakkah aku anugerahkan kepadamu, tidakkah aku hadiahkan kepadamu, tidakkah aku rahmati kamu; Apabila kamu melakukan sepuluh perkara, Allah akan mengampuni dosa-dosamu, baik masa depan mahupun masa lalu, baru dan lama, yang kamu lupakan dan yang kamu lakukan secara sengaja, besar dan kecil, tersembunyi dan terang-terangan.”
Kemudian beliau SAW mengajarkan cara untuk melaksanakan Solat Sunat Tasbih dan menyuruh untuk menunaikannya sekali sehari. Jika tidak mungkin setiap hari, maka setiap Jumat, dan jika ini tidak mungkin, maka setidaknya sekali sebulan, dan jika ini pun tidak mungkin, maka sekali setahun, dan jika ini juga tidak mungkin, maka paling tidak sekali seumur hidup.
(Abu Dawud dan Tirmidhi)
Cara Melaksanakan Solat Sunat Tasbih
Solat ini dikerjakan dalam empat rakaat sekaligus dan dapat dikerjakan pada bila-bila masa siang . Sekiranya dikerjakan pada waktu malam, solat ini dikerjakan 2 rakaat diikuti salam kemudian disambung 2 rakaat lagi.
Tasbih untuk solat ini adalah:
Bacaan: SubhaanAllahi Wal Hamdulillahi Wa Laa ilaha illal Laahu Wallahu Akbar
Maksud: Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah, tiada tuhan selain Allah, Allah Maha Besar
Kaifiat Solat Sunat Tasbih
- Mulakan dengan takbirratul-ihram
- Setelah membaca Surah Al-Fatihah dan surah lainnya, baca tasbih 15 kali.
- Kemudian rukuk, selepas selesai bacaan rukuk, baca tasbih 10 kali.
- Selepas bangun dari rukuk, baca tasbih 10 kali.
- Pada sujud pertama selepas bacaan sujud, baca tasbih 10 kali.
- Kemudian selepas selesai bacaan duduk antara dua sujud, baca tasbih 10 kali (sebelum sujud kedua).
- Kembali baca tasbih 10 kali pada sujud kedua.
- Selepas bangun dari sujud, berhenti sekejap untuk baca tasbih 10 kali lagi. Kemudian baru bangun untuk rakaat kedua.
Proses ini diulang kembali untuk rakaat seterusnya. Jumlah tasbih yang anda ingin baca adalah 300 kali. Sekiranya anda tertinggal bacaan tasbih di mana-mana pergerakan, anda boleh menggantikan jumlah tasbih itu pada pergerakan seterusnya.
Perkara Yang Dielakkan Dalam Solat Sunat Tasbih
- Jangan membaca dengan suara yang kuat.
- Jangan menghitung dengan jari atau menggunakan tasbih.
- Disarankan untuk menghitung dengan menekan jari secara lembut sebagai pengingat.
- Jika terlupa membaca zikir pada pergerakan tertentu, tambahkan pada pergerakan seterusnya.