,

Balasan Allah SWT Kepada Wanita Yang Bersedekah

Pada zaman dahulu ada seorang wanita miskin yang hidup di tengah-tengah masyarakat Bani Israil.

Kehidupannya seharian hanyalah mencari kayu api di hutan.

Dari hasil kayunya itulah dia menyara seorang anaknya.

Walaupun dia miskin, tetapi dia tidak bakhil kepada orang lain. 

Pada waktu itu seluruh negerinya ditimpa kemelesetan yang amat teruk. Di mana-mana sahaja terdapat peminta sedekah.

Manakala orang-orang kaya hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kehidupan rakyat lain yang sedang menderita.

Mereka hanya menyimpan banyak makanan sehingga orang miskin makin hari makin terseksa.

Zaman kesusahan itu berlaku bertahun-tahun lamanya, sehingga setiap orang sukar untuk mencari pekerjaan dan makanan. 

Pada suatu hari ada seorang pengemis keluar mengemis dari sebuah rumah ke sebuah rumah untuk mencari sedikit makanan.

Malangnya setiap rumah yang dia pergi tidak mendapat sebarang rezeki.

Akhirnya sampailah pengemis itu di sebuah rumah yang sudah buruk terletak di hujung kampung tersebut.

Rumah itu adalah kepunyaan wanita tua, pencari kayu itu. 

Setelah pengemis itu sampai ke rumah orang tua itu, diapun memberi salam.

Assalamualaikum!

Sapa pengemis itu dengan suara terketar-ketar kerana telah beberapa hari tidak makan.

Waalaikum salam!

Jawap wanita tua itu dari dalam rumah. Kebetulan pada ketika itu wanita tua itu sedang hendak memakan sekeping roti bersama anaknya.

Itulah satu-satunya roti yang ada pada hari itu.

Wahai tuan hamba, berilah hamba sesuap makanan. Sudah seminggu hamba tidak makan.

Rayu pengemis itu. 

Mendengar rayuan pengemis itu, wanita tua itu terus menghulurkan roti yang baru hendak dimakannya bersama anaknya.

Setelah selesai pengemis itu pun pergi sambil mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada wanita itu kerana sudi memberinya sedikit makanan walaupun dia sendiri tidak makan. 

Ah, tidak aku sangka baik sungguh hatinya. Inilah pertama kali aku bertemu dengan orang yang begitu dermawan.

Bisik hati pengemis itu. 

Keesokan harinya wanita tua itu pergi ke hutan mencari kayu bersama anaknya.

Di hutan dia mencari kayu ke sana sini manakala anaknya menunggu kayu yang telah dikumpulkan.

Anakku.jagalah kayu ini, ibu hendak mencari kayu di sana.

Pesan ibu kepada anaknya.

Baik ibu, mudah-mudahan ibu akan dapat kayu yang lebih banyak di sana.

Sahut anaknya pula dengan lemah lembut. 

Ibunya terus pergi dari situ dengan tekad akan memperolehi kayu yang banyak.

Setelah sekian lama ibu itu pergi, diapun kembali ke tempat anaknya menunggu tadi.

Dia amat terkejut apabila didapati anaknya tiada di situ. Di kiri kanan longgokan kayu itu terdapat kesan-kesan darah yang sudah hampir kering. 

Anakkul Anakku!

Jerit ibu tua itu sekuat-kuat hatinya.

Setelah berkali-kali jeritannya tidak ada sebarang jawapan, lantas diapun menjejaki titisan-titisan darah itu.

Setelah agak jauh, dia ternampak anaknya sedang dijinjing oleh harimau menuju ke arah sebuah belukar.

Hatinya berasa terlalu hiba melihat keadaan anaknya itu.

Masya Allah anaku!

Rintih ibu tua itu sambil mengalirkan air mata.

Kembalikanlah anakku itu dengan selamat, ya Allah.

Ya Allah, tolonglah anakku, kasihanilah anakku.

Mohon wanita tua itu teresak-esak Doanya tidak sia-sia, akhirnya Allah S.W.T. menerima permintaannya.

Tidak lama kemudian harimau itu pergi tanpa dihalau dan harimau itu meninggalkan anak wanita tua itu begitu sahaja.

Apabila melihat harimau itu telah pergi wanita tua terus mendapatkan anaknya sambil meraung-raung. 

Tiba-tiba datanglah malaikat Jibrail A.S. berkat kepada wanita itu:

Wahai ibu yang suka bersedekah, aku keluarkan anakmu dari mulut harimau sebagai ganti sepotong roti yaang engkau sedekahkan. Sudah relakah engkau?

Akhirnya anak itu pulih seperti sedia kala. Demikianlah balasan Allah kepada orang yang suka bersedekah. 

 

Rujukan: Himpunan Kisah-kisah Teladan 3 terbitan Syarikat Nurulhas.