Pertandingan Menulis iluvislam

pertandingan menulis iluvislam

Sempena #iLuvislamisBack yang telah dilancarkan pada 26 Februari 2017 ini, buat julung kalinya iLuvislam menganjurkan pertandingan penulisan untuk menghargai bakat dan kebolehan penulis-penulis genre Islamik.
Jom ramai-ramai sertai pertandingan ini untuk rancakkan dakwah di negara kita 🙂
Malah, anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai seperti berikut :
Tempat pertama : RM 300
Tempat kedua : RM 150
Tempat ketiga : RM 50

Jenis penulisan yang boleh dihantar kepada kami :
1) Artikel islamik
2) Cerpen islamik
3) Kisah pengalaman sebenar yang bermesej positif

Penulisan anda hendaklah dihantar ke email di bawah :
penulisaniluvislam@gmail.com

TAJUK EMAIL anda hendaklah seperti berikut : PPii1 : Tajuk Penulisan
Contohnya : PPii1 : 10 Kelebihan Ahli Syurga
–> Sila sertakan BIODATA anda melalui email yang dihantar <–

SYARAT penulisan :
1. Belum pernah diterbitkan di mana-mana secara online atau offline.
2. Sekiranya anda menggunakan hadis & fakta sejarah, pastikan kesahihan hadis & fakta tersebut.
3. Tidak plagiat.
4. Tidak terlalu panjang. Hanya 2-4 pages Microsoft Word (kecuali cerpen).
5. Saiz font : 12
6. iluvislam boleh mengubah tajuk yang dinyatakan mengikut kesesuaian.
7. Artikel ditulis dalam bahasa yang difahami. Andai ada penggunaan bahasa sms atau istilah, miringkan perkataan itu.

Tarikh akhir penulisan diterima untuk pertandingan ini adalah : 30 April 2017
Sebarang pertanyaan, anda boleh whatsapp team kami di FB iluvislam.
Jom ramai-ramai SERTAI Pertandingan Penulisan iLuvislam 🙂
Dijemput untuk SHARE juga ye 🙂