, ,

Wanita Yang Takut Kepada Allah

Maryam, puteri Imran.

وَمَرۡيَمَ ٱبۡنَتَ عِمۡرَٰنَ ٱلَّتِيٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا ….

12.  dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya ….

Maryam itu seorang yang menjaga kehormatannya.

Nisbah seorang perempuan itu untuk dijaga dan dihormati mesti dirinya menghormati dirinya sebelum menuntut orang lain menghormati dirinya. Jangan dedahkan aurat, dengan itu dia meminta orang lain menghormatinya yakni tidak memandangnya. Hormati diri sendiri dahulu barulah tuntut orang lain menghormati dirimu.

Allah memerintahkan Maryam bukan dengan kata-kata “Maryam binti Imran yang telah aku jaga kehormatannya” tetapi “Maryam binti Imran yang telah menjaga kehormatannya”. Maksudnya di sini, Maryam sangat menjaga kehormatan dirinya.

Sewaktu Maryam berada di bilik untuk beribadah kepada Allah, Jibril mendatangi Maryam:

فَٱتَّخَذَتۡ مِن دُونِهِمۡ حِجَابٗا فَأَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرٗا سَوِيّٗا  ١٧

17.  maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka; lalu Kami mengutus roh Kami kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna.

Jibril datang dengan menyerupai seorang lelaki, manusia, segala aspek sempurna, tidak menampilkan diri dengan wajah yang buruk tetapi sempurna.

Maryam yang apabila berhadapan dengan Jibril yang beliau tidak tahu itu Jibril,

قَالَتۡ إِنِّيٓ أَعُوذُ بِٱلرَّحۡمَٰنِ مِنكَ إِن كُنتَ تَقِيّٗا  ١٨

18.  Maryam berkata: "Sesungguhnya aku berlindung dari padamu kepada Tuhan Yang Maha pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa".

Maksud: Saya berlindung kepada Allah, Yang Maha Mengasihani jika kamu wahai lelaki yang berada di hadapanku, kamu seorang yang bertakwa kepada Allah, maka janganlah kamu lakukan perkara ini. (yakni berdua-duaan) apatah lagi setelah itu.

Maryam tidak terpikat dengan Jibril walaupun dia menyerupai dengan seorang lelaki yang sempurna.

Apakah yang menyebabkan Maryam tidak mahu berkhalwat dalam keadaan lelaki itu cukup sempurna? 

Rasa takutnya kepada Allah dan juga rasa ingin melindungi maruahnya.

Di sini Allah memuji Maryam yang tidak mengambil peluang walaupun ketika bersendirian dan berhadapan dengan lelaki yang sempurna. Jika benda ini terjadi kepada manusia, apakah manusia mampu menjadi seperti Maryam?

“Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan perempuan dengan sengaja, kecuali yang ketiganya adalah syaitan.”

Zaman sekarang, ibu ayah percaya bahawa anakku tidak mungkin buat perkara tidak elok. Ibu bapa boleh percaya kepada anak tetapi Rasulullah tidak percaya sehingga dia memberitahu antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, ketiganya adalah syaitan.[1]

Kesimpulannya, jangan kita berdolak-dalik dalam masalah syara’. Ikutilah syariat Allah dengan betul. Syara’ diturunkan untuk mematuhi, jika kita berdolak-dalik, syara’ ini dipermainkan, mengapa nabi bersusah payah untuk menyampaikan syariat?

Rujukan:

[1] Cocombee, Wanita Yang Takut Kepada Allah.. ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

https://www.youtube.com/watch?v=FZqFsYDg0zA

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%