,

The Battle of Life

Menghirup udara, menghumbus nafas hangat, meniti perjalanan kehidupan yang penuh berliku. Kadang kala, it is okay for you to walk away from someone life.

Dalam bersahabat, berkawan mahupun menemui seseorang yang baru dalam hidup kita, tak semua akan tinggal dalam hidup kita.

Kadang kala yang dianggap sahabat itulah yang paling awal pergi meninggalkan kita sama ada dengan cara kematian atau dengan kesakitan kehidupan.

Manusia memang banyak kelemahan. Dalam hidup, manusia sememangnya memerlukan teman. Teman yang hanya singgah sesaat dalam hidup, mahupun selama-lamanya.

Lumrah kehidupan dewasa, bukan kehendak manusia memilih kawan dan hanya meninggalkan lawan.

Namun, itulah putaran alam Allah. Sengaja Allah membiarkan hambaNya meninggalkan setiap seorang dalam hidupnya.

Semakin lama, jika menoleh kebelakang, sudah tidak ramai mereka yang bergelar sahabat yang tinggal dalam hidup. Jika memandang ke hadapan, kehilangan itu telah Allah gantikan dengan keluarga dan anak-anak.

Kehilangan kawan dan sahabat sememangnya proses kehidupan. Kepermergian diriku dan diri dia bukan kerana kesilapan ku mahupun kesalahan dirinya, tetapi keserasian dan keselesaan itu seperti sudah menipis antara kita.

Tidak usah bersedih dan berduka cita jika dikhianati dan ditinggalkan kawan. Allah memisahkan kedua-dua insan dengan sebab yang sangat indah.

Jika kamu khuatiri atas sebab kamu, dia pergi; maka perbaikilah diri mu. Jika kamu mengerti, kamu pergi menjauhi dia kerana dia, tanamlah aibnya sedalam-dalamnya dan mulalah melangkah pergi tanpa merasa kekesalan.

Sahabat akan mencerminkan siapa diri kita. Jika kamu tidak selesa apabila bersama dirinya, melangkahlah kamu pergi dari sisi hidupnya.

Bukan untuk memutuskan silaturahim, namun atas niat tidak ingin menyakiti hati seorang insan yang kamu kasihi dan kamu ingin hidup yang tenang.

Imam Syafie pernah bernasihat, dalam mencari sahabat,

“Belum pernah kutemukan di sunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.”

“Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tdak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.”

“Ku tinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.”

Dalam persahabatan, janganlah kamu berlebih-lebihan dan janganlah juga kamu mengurangi keikhlasan dalam apa yang mampu kamu berikan kepadanya.

Berilah tanpa mengharapkan penerimaan dan balasan daripada sahabatmu. Jika kamu bekorban sehingga perlu meredah dalamnya lautan berapi, jangan sesekali kamu berkira dan mengungkit pengorbanan kamu.

Kerana kesudian kamu melakukan pengorbanan bukan untuk diungkit, tetapi untuk menghargai dan menghulurkan tangan kamu sebagai seorang sahabat kepada seseorang sahabat.

Waima dia tidak menganggap kamu sebagai sahabatnya, hargai dirinya dan setiap insan yang hadir dalam hidupmu dengan penuh keikhlasan.

Bantulah sesiapa sekalipun kerana kamu berkemampuan dan kamu ingin melepaskan saudaramu dari kesusahan. Janganlah meminta sebarang balasan dan ganjaran dalam persahabatan.

Biarkan jika dia menikam dan mencaci herdik dirimu, sesungguhnya, itulah petunjukkan yang Allah berikan kepada kamu, yang menyatakan “Ya Fulan, sudah masanya kau pergi tinggalkan dia dengan kemaafan.”.

Persahabatan bukan untuk balasan dan ganjaran, namun ia merupakan tuaian redha Allah dan genggaman tangan yang akan kamu bawa ketika menghadap Arasy Allah yang Agung.

Salam Sayang buat Umat Muhammad sekalian alam. =)

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Hanis Syahirah binti Masrigan (nama pena: Sang Bayu)

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Total votes: 13

Upvotes: 8

Upvotes percentage: 61.538462%

Downvotes: 5

Downvotes percentage: 38.461538%