, ,

Solat Bagaikan Sebuah Rumah

Solat Bagaikan Sebuah Rumah.

Dengan adanya bahan-bahan binaan yang cukup, proses pembinaan akan menjadi mudah dan lancar.

Ditambah pula dengan hiasan-hiasan dalaman yang memukau, rumah itu benar-benar menjadi “syurga” buat penghuninya.

Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada solat yang kita dirikan lima kali sehari semalam itu.

Betapa hebatnya solat. Ia merupakan satu-satunya ibadah yang difardukan dengan cara menjemput Nabi s.a.w. menghadap-Nya sendiri ketika peristiwa Israk dan Mikraj.

Bahan Binaan Solat

Terdapat ramai ulama yang menulis tentang ibadah yang wajib ini.

Pelbagai aspek dihuraikan tentang kelebihan solat, hikmah solat dan sebagainya.

Namun, saya tertarik dengan satu aspek yang dihurai oleh seorang ulama yang terkenal, Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam Asrar al-Salah.

Beliau menyatakan: “Tanda bagi kerendahan hati kepada Allah tidak kira di mana dia berada serta merasai pengawasan Allah ketika bersendirian dan keramaian.

Tidaklah solat itu terbina melainkan dengan lima perkara iaitu kiam, bacaan, rukuk, sujud dan zikir.

Kelima-lima perkara tersebut juga merupakan sebahagian daripada perbuatan solat itu sendiri.

Namun persoalannya, mengapa Imam Ibn al-Qayyim menyebutnya sebagai “binaan”?

Binaan Solat

Ayat al-Quran

Kiam (berdiri)

Maksudnya: “Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat).” (QS Al-Muzzammil 73: 2)

Bacaan

Maksudnya: “Oleh itu bacalah apa-apa yang mudah kamu dapat membacanya daripada al-Quran (dalam sembahyang).” (QS Al-Muzzammil 73: 20)

Rukuk

Maksudnya: “Dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.” (QS Al-Baqarah 2: 43)

Sujud

Maksudnya: “Dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!” (QS Al-‘Alaq 96: 19)

Zikir

Maksudnya: “Maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat).” (QS Al-Jumu‘ah 62: 9)

Lihatlah betapa solat bukanlah suatu ibadah yang direka-reka.

Kesemua perbuatan dalam solat itu telah dinyatakan sendiri oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran.

Menghidupkan Solat

Setelah kita memahami bahawa solat itu memiliki binaan-binaan yang tertentu bagaikan sebuah rumah, sudah tentu ia perlu digunakan untuk membinanya.

Jikalau tidak digunakan, maka tiadalah gunanya.

Begitu jugalah dengan maksud solat. Ia tidak dapat dirasai sekiranya tidak didirikan terlebih dahulu.

Sama seperti kita ingin membina rumah, ia memerlukan proses tertentu seperti melakar pelan, menanam cerucuk, membina rangka dan sebagainya.

Uniknya, Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulum al-Din ada menjelaskan bahawa terdapat enam langkah untuk  menghidupkan solat yang didirikan.

Setiap satunya perlu dilakukan secara berturutan:

  1. Menghadirkan Hati 
  2. Memahami Makna Lafaz
  3. Memuliakan Allah
  4. Merasakan kehebatan Allah
  5. Meletakkan Rasa Pengharapan
  6. Malu Akan Kekurangan Solat

Kesemua enam perkara di atas merupakan langkah-langkah yang perlu dilalui oleh seorang hamba yang mendirikan solat.

Bagi mendapatkan solat yang “hidup”, kesemua perkara itu perlu dilalui satu persatu sehingga akhirnya “binaan” solat dapat dirikan dengan kukuh.

Justeru, barulah tujuan solat itu dapat dikecapi.

Bukankah Allah berfirman:

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun). Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.” (Surah al-‘Ankabut 29: 45)

Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.” (QS Al-‘Ankabut 29: 45)

Rujukan:

Al-Qur'anul Karim, Surah Al-Muzammil 73: 2 dan 20

Al-Qur'anul Karim, Surah Al-Baqarah 2: 43

Al-Qur'anul Karim, Surah Al-Alaq 96: 19

Al-Qur'anul Karim, Surah Al-Jumu'ah 62: 9

Al-Qur'anul Karim, Surah Al-Ankabut 29: 45

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%