,

Sampai Bila (bahagian 2-akhir)

Prinsip yang dipegang nya untuk menenangkan hati.

“Tuhan mahu aku ada sifat memahami orang .”

“Sabar lah hati ! Belum tiba masa nya lagi untuk aku terbang di awan. Aku perlu berhujan , merasa sakit akibat demam dari nya, mendengar guruh menyambar di langit.

Sesudah ia surut, itu lah petanda baik menandakan peluang masih ada. Sesudah terbit nya matahari, aku harus menumpang cahaya nya untuk merampas kembali peluang yang disembunyikan hujan ” , pujuk hati Yumna secara puitis.

Walaupun begitu, kewujudan kelemahan setiap orang tidak dapat dinafikan. Setiap manusia tidak sempurna. Ada cacat dan cela nya, sama ada dalaman mahupun luaran.

Yumna terkadang pernah meninggikan suara. Kemarahannya sukar dikawal selepas mendengar perkataan yang tidak baik keluar dari mulut ayah nya.

Perkataan yang tidak sepatut nya diucapkan oleh seorang ayah kepada anak.

“Bodoh !”

“Lembap!”

Sesekali pernah di kata kan “nyanyuk “ akibat terlupa akan sesuatu yang bagi ayah nya menjadi suatu kesalahan sekira nya ia dilupakan.

Jikalau diikutkan, ayah nya bukan lah seorang yang buta agama. Jahil jauh sekali !

Timbul kehairanan yang berbisik di hati nya .

“ Keluarga orang lain kalau aku tengok takde lah warak sangat. Tapi kenapa mereka boleh ada hubungan yang baik dari segi kekeluargaan ?!”, monolog Yumna. Sebak.

Yumna berpendapat kedua ibu bapa nya hanya mengumpul ilmu semata-mata.

Bukan diamalkan semua !

“Sepanjang aku bergelar pelajar sekolah, dari aku darjah satu sehinggalah habis Tingkatan enam pun, tak pernah sekalipun aku cium tangan mereka sebelum berangkat ke sekolah. !!”

“Macam mana aku nak jadi orang yang ber ‘adab’ kalau itu pun tak diamalkan ?!”, keluh Yumna yang sememangnya sudah lama makan hati akibat kata-kata buruk yang sudah sekian lama terpaksa ditelan.

Biar lah masa yang menentukan segala nya.

Yumna memberontak kerana berasa suara hati nya tidak didengari. Biar lah jikalau orang lain mahu kata dia memberontak kerana tidak dapat terima takdir hidup susah.

Hakikat kehidupan kita tiada siapa yang tahu.

Manusia tidak akan pernah faham, melainkan diri nya sendiri merasai kepahitan itu.

“Aku nekad untuk tidak berperilaku sebegitu apabila aku bergelar ibu nanti !”, azam nya kerana dia tidak mahu anak-anak nya nati merasai kesunyian jiwa nya yang meronta-ronta.

Pasangan yang bakal jadi suami Yumna lah perlu diteliti sebelum berkata setuju, kerana ketua keluarga yang akan menentu kan hala tuju sesebuah keluarga.

Sama ada menuju keluarga yang “Mawaddah, Sakinah Wa Rahmah” atau ke arah kehancuran dan porak peranda, semua nya dicorakkan insan bernama suami, berstatuskan ayah.

Kini, Yumna bergelar sebagai pengusaha butik secara atas talian yang berjaya.

Tekanan yang dilalui nya mencabar diri untuk meneruskan larian hingga ke garisan penamat.

Bila dah bermula , takkan lah mahu berundur begitu sahaja. Tidak malu kah kita untuk mengisytiharkan kekalahan sedangkan daya upaya masih berada di tahap yang tinggi ?

Bermula dengan usaha nya sebagai pengedar (dropship) tudung produk orang lain, ilmu tentang asas perniagaan online dikutip nya. Wang mula disimpan sedikit demi sedikit.

Banyak kali pernah jatuh, tetapi tokoh-tokoh perniagaan online yang sama bidang menjadi pembakar semangat nya. Hasil simpanan dari keuntungan yang diperoleh digunakannya untuk tujuan pemasaran secara kecil-kecilan melalui laman Instagram.

Tiga tahun adalah masa yang diambil untuk mempelajari selok belok perniagaan online. Secara perlahan-lahan , jenama sendiri mula dibina .

ByYumnazri mula berkembang secara berperingkat di pemasaran dunia online. Koleksi asas adalah tudung-tudung patuh syariah dengan harga berpatutan, kini pelbagai item mula dilancarkan mengikut bajet dan permintaan dari pelanggan.

“Alhamdulillah ! Terima kasih Ya Allah !! Aku harap kesenangan yang kau mula berikan kepada aku ini tidak akan melalaikan aku. Berkati lah rezeki yang engkau berikan kepada aku. Jangan jadikan aku tamak haloba. Mudah-mudahan dengan rezeki yang engkau anugerahkan boleh membantu orang-orang yang diujimu dengan kesusahan. Amin !”, doa yang tak berhenti diujar nya sesudah solat.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Najia Binti Mohd Maruzuki. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Belajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kaunseling di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu.

Penulis juga membuat perniagaan tudung secara atas talian di laman Instagram @thejiazuki .Sekiranya ingin mengetahui lebih mendalam tentang penulis bolehlah follow di Instagram beliau iaitu @jiazuki dan Facebook Najia Maruzuki.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%