,

Sampai Bila (bahagian 1)

“Ku sangka kan matahariku hilang, rupanya aku masih berada di waktu malam, ditemani kerdipan bintang-bintang di langit sebagai hiasan, menghitung detik bilakah akan munculnya waktu siang?”
Yumna mengeluh panjang.

“Sampai bilakah aku harus terus menerus hidup begini ??!!” Yumna mula mempersoalkan takdir dan ketentuan hidupnya.

Dia akui dia sudah bosan mendengar setiap patah perkataan hasil perkelahian mulut antara kedua ibu bapanya. Almaklumlah, hidup nya tidak sesenang rakan-rakan yang lain. Segala kehendak yang diinginkan bukan boleh dicapai dengan mudah.

“Adakah disebabkan duit yang tidak mencukupi, keluarga aku harus terbentuk dengan perilaku sebegini?” Yumna dilanda keliru.

“Ataupun ..mungkin ada asbab lain yang tersembunyi ?”Duga diri nya lagi.

“Papa nak duit ! Nak beli handbag …” , ujar sesetengah kawan- kawan nya yang begitu mudah meminta untuk menunaikan apa yang diinginkan.

Dia memendam rasa, memendam hiba.

Jika dibandingkan dengan orang lain , “Iya !! Memang ada lagi orang lebih daif dari aku.”

Ibu bapa Yumna bukanlah seorang yang bergaji besar. Pada pandangan orang lain, pasti dia akan dilabel sebagai orang yang berada.

Cara pemakaian nya yang dilihat kemas dan pemilihan warna yang menarik sudah tentu diri nya akan dipandang sebegitu.

Tetapi, tiada siapa yang tahu akan luka yang berparut di dalam dirinya!

Konflik yang melanda hari-hari yang di lalui nya.

Tekanan yang terpaksa ditanggung jiwa nya bersendirian.

Tiada tempat untuk meluah, bercerita , yang akhir nya terpaksa disimpan dan lama-kelamaan akan menjadi seperti belon yang ditiup , menyimpan angin di dalam nya dan akan pecah sesudah tiba nya masa.

“Haihh !! Senang-senang je kata aku ini cepat marah lah ! Memberontak lah !! Apa lah !!! Tapi setiap pagi masa nak pergi sekolah bukannya reti nak jaga emosi aku pun. Perkataan-perkataan hodoh juga yang aku kena hadap!”

Yumna mula menyimpan marah. Secara tidak sedar, air mata nya turut membasahi pipi. Tiba-tiba sahaja teringat akan diri nya ketika masih kanak-kanak semasa di sekolah rendah dahulu.

Waktu itu, Yumna dan adik lelaki nya, Yusuf dihantar setiap pagi oleh datuk nya dengan menaiki motor. Sesudah sampai di sekolah , mereka memandang tindakan orang sekeliling.

Apa yang dilihat , murid-murid lain mencium tangan ibu bapa atau penjaga yang menghantar mereka sebelum memasuki pagar sekolah.

Disebabkan itu, Yumna dan Yusuf melakukan apa yang dilihat nya. Tangan datuk nya segera dicapai untuk dikucup. Begitu lah sifat semula jadi kanak- kanak.

Hati seorang kanak-kanak adalah bersih dan tidak hairanlah sekiranya ada sifat nurani yang mendorong untuk melakukan kebaikan kerana fitrah manusia itu sendiri yang suka kepada kebaikan.

Al-Aswad bin Sari’ R.A berkata, Nabi SAW bersabda :
كل مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، حتى يعرب عنه لسانه, فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِه
Erti nya, “ Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) sehingga lidah nya fasih berkata-kata, maka ibu bapa nya yang akan menjadikannya Yahudi dan Nasrani.”
(Riwayat Abu Ya’la al-Mawshili, no.942)

“Masalah nya sekarang ni parents aku sendiri yang bermasalah !!”, jerit hati Yumna menandakan dia sedang memberontak.

Dari satu sudut, dia faham dan boleh terima bahawa diri nya dan keluarga perlu melalui fasa-fasa kesusahan dalam hidup. Bahkan pernah terdetik rasa syukur kerana Allah menguji nya sebegitu.

Menurutnya, Allah mahu menguji nya bermula dari bawah, perlu rasa susah terlebih dahulu, sekurang-kurang nya apabila diuji dengan nikmat kesenangan nanti, diri nya tidak akan mendongak ke langit!

> bersambung Sampai Bila (bahagian 2-akhir) <

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Najia Binti Mohd Maruzuki. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Belajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kaunseling di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu.

Penulis juga membuat perniagaan tudung secara atas talian di laman Instagram @thejiazuki .Sekiranya ingin mengetahui lebih mendalam tentang penulis bolehlah follow di Instagram beliau iaitu @jiazuki dan Facebook Najia Maruzuki.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%