Rasulullah menghantar utusan Abdullah bin Hudzafah As-Sahmi untuk memberi surat dakwah kepada Kisra iaitu raja imperium Persia (Parsi). Abdullah menyerahkan surat itu kepada pembesar Bahrain untuk diserahkan kepada Kisra.
Isi surat tersebut adalah:
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Daripada Muhammad Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam utusan Allah untuk Kisra, pembesar Persia. Sejahteralah kepada sesiapa yang mengikuti petunjuk dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang satu dan tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.”
“Dan aku menyeru engkau dengan seruan Allah sesungguhnya aku adalah Rasul kepada manusia keseluruhannya, agar aku memberi peringatan bagi sesiapa yang hidup dan membenarkan perkataan ke atas orang-orang kafir, maka masuklah kamu ke dalam Islam nescaya engkau akan selamat, maka jika engkau enggan maka sesungguhnya ke atas engkau dosa majusi.”
Nak tahu apa respon raja Parsi itu?
Setelah membacanya, Kisra terus mengoyak surat itu, lalu Rasulullah berdoa agar Allah mengoyak-ngoyak kekuasaannya iaitu menjatuhkan kerajaan itu. Doa Baginda termakbul apabila Kisra dibunuh anaknya sendiri yang bernama Qabadz (Syirawaih) dan takhta dirampas.
Kekuasaan menjadi retak dan terpecah belah, sehinggakan dalam masa 4 tahun, kekuasaan Persia diduduki sepuluh raja. Negara berada dalam kacau, hingga semua orang bersatu menyokong Yazdajird iaitu raja terakhir Bani Sasan.
Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)