, ,

Ramai Pasukan Muslimin Menarik Diri?

Rasulullah bersama kaum muslimin bergerak keluar dari Madinah pada waktu malam, ketika suasana dalam keadaan tenang, malah pada ketika itu sudah pasti pihak musuh sedang tidur lena.

Mereka keluar melalui jalan yang tidak biasa dilalui, iaitu jalan yang dicadangkan oleh Abu Khaitamah. Dia mencadangkan agar mereka melalui jalan bani Haritsah di celah-celah kebun mereka, antaranya kebun milik Mirba’ bin Qaizhi iaitu seorang munafik yang juga buta.

Setelah itu,ada pula dalam kalangan mereka yang menarik diri daripada peperangan, diketuai Ibnu Salul iaitu seorang munafik. Kejadian ini berlaku ketika kaum muslimin telah sampai di Asy-Syawat iaitu kebun yang terletak antara Madinah dan Uhud.

Kira-kira 300 orang munafik menarik diri dengan alasan bahawa tidak mungkin mereka mampu melawan kaum musyrikin dan menolak keputusan Rasulullah yang memilih untuk berperang di luar Madinah.

Perbuatan Ibnu Salul dan yang lain merupakan suatu pengkhianatan yang besar, wujud kebencian terhadap Islam. Namun, hikmahnya adalah Allah ingin membersihkan pasukan kaum muslimin, mana yang betul-betul ikhlas berjuang di jalan Allah atau sebaliknya.

“Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.” (Surah A-li’Imraan 3:179)

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%