,

Perjalanan Seorang Murid

Dulu, belajar 20 tahun masih berasa jahil. Sekarang, belajar 2 jam dalam encik google dah mengaku alim.

Itulah perumpamaan kita sekarang. Maklumat semua di hujung jari. Jika engkau malas engkau gagal tapi jika engkau berusaha pasti lulus.

Lantaran itu, setinggi manapun kita belajar, setebal manapun kitab yang kita khatam, gelaran apapun yang kita terima, besar manapun pangkat kita; kita tetap perlu menjadi kosong di hadapan mana-mana guru kita.

Terutama guru yang buka jalan untuk kita berjalan ke akhirat. Ibu dan ayah merupakan guru pertama dalam hidup kita.

Walaupun ibu ayahmu hanya seorang pencuci baju dan penoreh getah tetapi dengan izin Allah engkau belajar erti kehidupan dari tapak tangan dan titik peluh mereka.

Beransur engkau dewasa dihantarnya engkau ke muka pintu sekolah untuk mengenal kehidupan realiti dunia yang mana di situ nilai keperibadian yang tinggi dapat membezakan engkau dan dia.

Firman Allah SWT dalam Surah Al Mujadilah: 11

…يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ…

”Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu beberapa darjat.”

Dengan nama guru engkau akan lebih menghargai erti pengorbanan dalam kehidupan. Di sebalik sebuah kejayaan, terdapat satu pengorbanan yang terpaksa dikorbankan demi sebuah kejayaan.

Itulah proses kehidupan seorang guru yang mana mereka terpaksa mengorbankan diri demi sebuah kejayaan seorang insan yang bernama murid.

Bertepatan itu, 16 Mei setiap tahun merupakan hari khas untuk mengenang dan menghargai jasa insan yang bergelar guruDengan tema “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi” bertepatan dengan dengan saranan bagi menghargai jasa seorang guru selaku murabbi membentuk keperibadian manusia bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Uswatun Hasanah (B.Eng. (USM), M.Sc. (UGM), Ph.D. (UKM), Doctor Philosophy, Fuel Cell Institute, Universiti Kebangsaan Malaysia)

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%