, ,

Peperangan Yang Terjadi Sebelum Perang Badar

Selama ini, kita menyangka bahawa Perang Badar adalah perang yang terawal berlaku setelah hijrah ke Madinah.

Rupa-rupanya, kita tersilap. Nak tahu, beberapa peperangan yang berlaku sebelum Perang Badar?

Jom kita lihat sama-sama.

  1. Perang Abwa

Perang pertama yang dilakukan Rasulullah ialah Perang Abwa yang juga dikenali sebagai Perang Waddan. Tiada pertempuran yang terjadi, tetapi berakhir dengan pemergian Bani Dhamrah dari Kinanah. Jumlah orang muslim yang ikut berperang sebanyak 200 orang, iaitu yang berkenderaan dan berjalan kaki.

  • Sariyyah (perang tidak disertai Rasulullah) Ubaidah bin Al-Harits

Pasukan muslimin pertama yang dikirim oleh Rasulullah, terdiri daripada 60 orang dari kaum Muhajirin manakala kafir Quraisy lebih 200 orang.

  • Sariyyah (perang) Hamzah bin Abdul Muttalib

30 pasukan berkuda golongan Muhajirin pimpinan Hamzah bertemu dengan Abu Jahal yang membawa 300 pasukan berkuda, namun tidak berlaku pertempuran setelah dihalang Majdi bin Umar Al-Juhani.

  • Perang Buwath

Rasulullah membawa 200 sahabat untuk melawan kafir Quraisy. Namun, peperangan tidak berlaku dan pulang semula ke Madinah. Buwath adalah sempena nama salah satu gunung di daerah Juhainah.

  • Perang ‘Usyairah

Dinamakan ‘Usyairah bersempena nama tempat yang terletak di antara Makkah dan Madinah.

  • Sariyyah (perang) Sa’ad bin Abi Waqqash

Rasulullah mengutus Sa’ad bin Abi Waqqash untuk memimpin pasukan sebanyak 8 kabilah dari kaum Muhajirin sehingga ke daerah kharrar di wilayah Hijjaz. Namun, mereka pulang tanpa peperangan.

  • Perang Badar pertama (kecil)

Penyebab kepada perang ini adalah kerana Kurz bin Jabir Al-Fahri menyerang ternakan penduduk Madinah, malah merampas unta dan binatang ternak. Rasulullah mencarinya, sehingga sampai di lembah Safwan. Namun, Kurz telah jauh meninggalkan Baginda, lalu berpatah balik semula ke Madinah.

  • Sariyyah (perang) Abdullah bin Jahsyin Al-Asadi ke daerah Nakhlah

Rasulullah mengutuskan Abdullah bin Jahsyin Al-Asadi untuk memimpin pasukan sebanyak 8 kelompok dari kaum Muhajirin menuju ke Nakhlah di selatan Makkah. Namun, mereka bertemu dengan kafilah dagang Quraisy, sehingga berlaku pertempuran dan kaum Muslim berjaya mengalahkannya. Maka, orang pertama yang dibunuh kaum Muslimin ialah Amr bin Al-Hadrami manakala dua orang pertama yang menjadi tawanan kaum Muslimin ialah Usman bin Abdullah dan Al-Hakam bin Kaisan.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)