,

Peluang Kedua

Assalamualaikum w.b.t kepada semua.

Moga seluruh muslimin dan muslimat berada dalam keadaan sihat hendakNya.

Kasih, sayang, cinta, itu,
Pasti perlu ada tandanya.

Tandanya,
Bila aku salah, lemah,
Alpa, lupa, leka, lesu,
Dan tersasar,
Usah kau buta,
Tegurilah…

Jangan pernah sekalipun engkau lari,
Nasihati segala salahku,

Jangan pernah kau tinggal sendiri,
Agarku tak merana…

Daripada:
Kumpulan – Rabithah
Tajuk Lagu -Tegur Aku
Lirik Ustaz Adnin
Lagu Asal – Jennie (Solo)

Perkongsian lirik oleh penulis bukan sekadar untuk hiburan di hati tetapi untuk difahami.

Cuba kalian bayangkan seorang sahabat atau kenalan terdekat sendiri menyatakan masalahnya kepada anda seperti kisah ini:

(Bunyi mesej masuk)

Alisa : Wehhh, kau kat mana sekarang ?

Elsa : Ada kat hostel dah ni..

Alisa : Kau tak busy ke hari ni?

Elsa : Tak, meeting semua takda so free la. Kenapa?

Alisa : Teman aku hari ni, roommate takda sebab ada hal kat luar.

Elsa : Hah, boleh-boleh. InsyaALLAH, sat gi aku sampai.

Sampai sahaja Elsa di bilik Alisa, terus dia bertanya:

“Engkau dah makan ke harini?”

Alisa balas, “Tak lalu lah, wehh…”

Elsa semakin pelik melihat reaksi rakannya, “Eh, apasal kau pucat sangat ini?”

Rakannya menjawab dengan memberikan senyuman seperti mahu merahsiakan sesuatu.

“Aku ok je..”

Elsa diam sebentar sambil memikirkan apa sebenarnya terjadi pada rakannya.

Tiba-tiba rakannya bersuara,

“Sebenarnya semalam aku pergi balai polis..” Alisa diam seketika.

“Kau buat apa kat sana? Bayar saman ke apa?” Tanya Elsa yang kebingungan.

Selama 15 minit Alisa diam tanpa bersuara. Dan akhirnya selepas itu dia menjawab :

“Sebenarnya-kan semalam aku buat report polis sebab kena gangguan ***s**l”

Terkejut Elsa mendengar penjelasan daripada rakannya “Allah, engkau ok tak? Takpa hari ni aku teman engkau sampai malam…”

Pada masa yang sama, dalam hati Elsa muncul seribu penyesalan kerana kesibukan dia tidak sentiasa berada bersama rakan yang memerlukannya.

Bahkan menggigil badannya menerima berita tersebut dan mempersoalkan mengapa dia antara insan yang Allah izin mendengar dugaan berat ini. Elsa menggagahkan dirinya untuk membantu:

“Ok, macam ini. Sekarang engkau pi ambil air sembahyang dulu bagi tenang. Hang solat dah kan?”

“Dahh…” jelas rakannya yang tidak bermaya itu.

Elsa menyambung, “Ok takpa, hang ambil air sembahyang lepas itu tidur dan rehat cukup-cukup. ”

“Sebenarnya kan aku tak boleh tidur dari semalam sebab roommate takda, ” beritahu Alisa.

Elsa jawab, “Takpa, la ni hang tidur. Aku tunggu hang. ”

Alhamdullilah selang beberapa minit rakannya telah tidur.

Elsa termenung seketika melihat rakannya dengan penuh rasa kasihan di atas dugaan yang dihadapinya.

Mata Elsa turut terpejam.

Menjelang akhir semester Elsa menerima satu mesej panjang daripada seorang rakannya :

“Terima kasih sebab teman aku waktu tu. Kalau tak aku nak commit suicide dah…”

Terkejut menerima akuan rakannya. Walaubagaimanapun, sejak peristiwa tersebut Elsa sering mendoakan keselamatan rakannya.

Mungkin peluang keduanya untuk hidup bersinar kembali dengan kekuatan yang diberikan oleh manusia sekeliling yang sering menegur, menasihati dan tidak tinggalkannya sendirian.

Sebagai seorang pendakwah dan bergelar muslim, kita seharusnya bersiap sedia dalam pelbagai masalah sosial yang berlaku pada masa sekarang.

Tertarik dengan pendekatan “pelukan kasih sayang” oleh pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew apabila berhadapan dengan golongan-golongan muda yang bermasalah.

Memberikan peluang kedua juga merupakan satu sikap yang terpuji tanpa menyalahkan segala kesilapan mangsa.

Selemah-lemah iman seseorang muslim adalah dengan meletakkan doa pengharapan kepada Allah s.w.t supaya membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kalian mungkin masih boleh memilih bersahabat baik bersama rakan-rakan yang baik. Tetapi jangan dilupa tanggungjawab kalian sebagai manusia yang bermasyarakat membantu rakan yang bermasalah juga perlu kerana syurga bukan milik manusia yang baik-baik sahaja tetapi milik orang yang beriman.

Boleh jadi,

Orang yang paling berdosa dalam dunia, menjadi manusia paling beriman sebelum nafasnya berakhir.

Wallahua’lam.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh penulis yang dikenali sebagai Sis Aainaa Zaki. Mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dan Diploma Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat, UniSZA. Sebarang informasi boleh merujuk di Facebook (Aainaa Zaki) atau Instagram (Sis_Aainaazaki) .

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%