,

Pasang Cita-cita Mulai Sekarang

Kerana kata-kata Almarhum ustaznya yang masih terngiang, buatkan Adib tekad untuk menjadi seorang guru agama

“Adib, kamu harus pasang cita-cita mu mulai dari sekarang.” Itulah kata-kata ustaznya yang sentiasa diingati walaupun ketika itu dirinya masih tidak mengerti apakah hala tuju dan cita-citanya nanti.

Namun, yang terlintas di mindanya hanya bertekad menjadi seorang yang berguna kepada diri dan masyarakat sekali gus untuk ditunjukkan kepada ustaznya suatu hari nanti.

Namun, ajal maut di tangan ALLAH SWT. Tiada dapat menjangka, ustaz yang disayanginya itu telah dijemput kembali bertemu pencipta-Nya pada tahun 2012 di usia masih muda.

Tidak dapat digambarkan kesedihan Adib kerana telah kehilangan ustaz yang disayanginya, lantaran arwahlah yang bertanggungjawab mendidiknya sehingga dia dapat membaca al-Quran dan mengenal huruf tajwid.

Agak terkilan kerana semasa hayat arwah, saya tak berpeluang melawat semasa arwah tengah sakit dan belum sempat pun untuk menemui cita-cita sebagaimana yang pernah dipesan oleh arwah.

“Memang tak jangka sama sekali ustaz jatuh sakit selama beberapa hari dan terus meninggal dunia,” imbas Adib hiba mengenang kembali kali terakhir bertemu ustaznya itu ketika meninggalkan sekolah lamanya pada 2006.

Sejak detik itulah dia tekad untuk menyambung legasi arwah ustaznya untuk menjadi seorang pendidik yang mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada generasi yang akan datang.

Bahkan, disebabkan itu jugalah pemilik nama lengkap Muhammad Adib At Tamimi Muhammad Zahili, 26, pelajar tahun akhir dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) ini berazam untuk mendalami bidang penulisan demi mahu membukukan memoir berdasarkan pengalaman-pengalaman dilalui.

Masa lepas adalah pengalaman

Menurut Adib, karya yang bakal dihasilkan selepas tamat pengajiannya nanti adalah sebuah buku bertemakan motivasi mengisahkan kehidupan seorang pemuda yang awalnya sering kali gagal dalam menjalani kehidupan sehinggalah dia berjaya.

Ia turut memaparkan kisah-kisah benar yang dialami Adib sendiri seperti kegigihan mengambil jurusan Diploma Pengajian Islam untuk dijadikan motivasi dan inspirasi kepada pembaca.

“Naskhah sulung yang bakal dipasarkan harap dapat diterima oleh masyarakat kerana bukan mudah untuk mengangkat karya ini menjadi satu cerita yang mampu memancing jiwa pembaca. Namun, jika anda sukakan kelainan, mahukan cerita yang lancar, plotnya padat dengan pengajaran, mesej dan nilai murni, prinsip agama diangkat tinggi di dalam cerita, maka saya fikir naskhah ini untuk anda semua,” katanya sambil mengakui agak berdebar menanti respons khalayak lantaran ini adalah pengalaman pertamanya dalam menulis buku.

“Tajuk bagi naskhah sulung saya sudah ada. Ia akan didedahkan kepada orang ramai selepas saya selesai sahaja menyiapkan karya ini memandangkan saya baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Malaya. Jadi komitmen untuk menulis dan waktu bekerja separa masa perlu diambil kira juga,” katanya lagi.

Mengakui, bukan sesuatu yang mudah untuk bergelar penulis dan tanpa sokongan, kemungkinan tidak tercetus idea dan keinginan untuknya menerbitkan karya sendiri.

Ibu bapa adalah pendukung dan penyokong utama usaha untuk menerbitkan karya sendiri ini kerana mereka lebih mengetahui jatuh dan bangun seorang bernama Adib ini, selain rakan-rakan di universiti.

Malahan Adib menjadikan Dr Ummu Hani Abu Hassan, seorang pensyarah di UM yang telah menulis beberapa buah buku seperti Cinta Teruna Kimchi dan I Want To Be A Writer sebagai sumber inspirasinya.

Rakan-rakan sekelas juga secara tidak langsung banyak membantu dan memberi idea baharu untuk membentuk penulisan yang ilmiah,” katanya.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Muhammad Adib At Tamimi bin Muhammad Zahili. Berasal dari Kota Bharu, Kelantanl. Merupakan pelanar lepasan Diploma Pengajian Islam KIAS dan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya

Ikuti Media Sosial beliau Facebook : Adib AtTamimi dan
Instagram : adib_attamimi

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 50.000000%