,

Panduan Puasa Ramadan 2019

Kurang dari sebulan sahaja lagi, umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan bagi tahun 2019.

Khabarnya tarikh mula puasa pada tahun 2019 adalah pada 6 Mei 2019, iaitu bersamaan dengan tahun 1440 Hijrah. (1)

Puasa merupakan rukun Islam yang keempat dan wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang cukup syarat.

Tuntutan menunaikan ibadah puasa telah termaktub dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”. 

(Surah Al-Baqarah: Ayat 183)

Sudahkah anda menyiapkan persiapan secukupnya untuk bulan Ramadhan yang akan datang? 

Masihkah anda ingat info penting tentang bulan Ramadhan?

Jom kita imbas kembali beberapa panduan berguna untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

1. NIAT PUASA

Lafaz niat untuk berpuasa boleh dilakukan samaada setiap hari ataupun niat hanya sekali untuk berpuasa selama sebulan.

a) Niat Puasa Setiap Hari

Niat puasa setiap hari boleh dilakukan sehari sebelum menunaikan ibadah puasa.

Lafaz niat puasa setiap hari adalah seperti berikut:

b) Niat Puasa Sebulan

Jika anda risau anda akan terlupa untuk niat setiap hari.

Jangan bimbang!!!

Kerana anda juga boleh niat untuk berpuasa selama sebulan terus.

Lafaz niat puasa untuk sebulan pula adalah seperti berikut:

“Jika niat dah kita tahu, jadi apa lagi panduan penting yang lain?”

2. DOA BERBUKA PUASA

Haaa… kalau dah niat sudah, puasa pon sudah.

Jadi apa lagi kalau bukan doa buka puasa la.

Berdoa ketika buka puasa sangatlah penting.

Doa ini menunjukkan kesyukuran kita kepada ALLAH S.W.T. kerana kita telah berjaya menunaikan puasa pada hari tersebut.

Jadi, mari belajar doa berbuka puasa.

3. PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

“Puasa dari segi syara’ bermaksud menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan niat.”

Jadi apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

a) Makan dan minum dengan sengaja

Ada yang mungkin tertanya-tanya.

“Kenapa perlu puasa?”

“ Kenapa perlu menyiksa diri untuk tak makan?”

Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis ada disebutkan bahawa sasaran utama ibadah ini adalah untuk menundukkan nafsu dalam diri setiap insan.

Jadi kenapa nafsu yang kena?

Kenapa tidak akal? Kenapa tidak hati?

Nafsu takkan tunduk kecuali lapar”

Ini adalah kerana nafsu ni sangat degil.

Ia tidak akan tunduk kepada suruhan Allah S.W.T kecuali dengan membuatkan ia lapar.

Hanya dengan lapar nafsu seseorang itu akan tunduk kepada Allah dan kebenaran yang datang daripada Allah S.W.T.(2)

Jadi kenapa perut yang kena kosong?

“Nafsu itu berpangkalan dalam perut”

Ini kerana perut menjadi tumpuan utama di mana nafsu tumbuh dan berkembang.

Jadi, perut tidak perlu sentiasa kenyang. (3)

Jadi perut Tetapi kenapa harus dengan mengosongkan perut, tidak makan dan minun seharian? Jawapannya kerana nafsu itu berpangkalan di dalam perut. Perut menjadi pusat utama tumbuh dan berkembangnya nafsu. Justeru hakikatnya perut tidak harus sentiasa dalam keadaan kenyang.

Jadi, itulah sebab kenapa perlunya untuk kita berpuasa.

Pixabay.com

b)Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja

“Apa maksud rongga”

Rongga badan bermaksud lubang terbuka iaitu tempat masuk atau keluar sesuatu samaada semulajadi adanya seperti hidung, mulut, telinga, kemaluan dan dubur bagi lelaki dan perempuan.(4)

Secara spesifik, rongga merujuk kepada ruang dari halkum hingga usus dan tali perut.(10)

 “Ramai yang bertanya, bagaimana pula dengan hukum mengorek hidung?’

Mengikut pendapat penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, hukum korek hidung atau telinga ketika berpuasa secara sengaja adalah makruh.

Ianya tidak menjadi makruh sekiranya melakukan secara bersebab seperti telinga gatal dan sebagainya.

Hukum yang mengatakan terbatal puasa sekiranya mengorek telinga atau hidung adalah seperti mengorek telinga atau hidung seperti di luar batas manusia.

Sebagai contoh mengorek hidung melepasi tulang di atas hidung dan mengorek telinga sehingga melepasi gegendang telinga. (5)

Wallahua’lam.

Youngparents.com.sg

c)Muntah dengan sengaja

Muntah dengan sengaja boleh menyebabkan batalnya puasa.

Namun, muntah yang bagaimana sebenarnya yang boleh membatalkan puasa?

Muntah dengan sengaja bermaksud menggunakan apa-apa alat yang dimasukkan ke dalam mulut sehingga muntah.

Contohnya seperti menggosok gigi dengan berlebihan sehingga menyebabkan muntah.

Namun, jika ianya tidak disengajakan, seperti keadaan badan yang sakit dan sehingga menyebabkan muntah, maka puasa tidaklah terbatal dan tidak perlulah mengganti puasa (6)

Fabhow.com

d) Melakukan persetubuhan 

Jika seseorang melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan, puasanya akan terus terbatal. Dia tidak perlu mengqadha’ puasanya. Tetapi perlu perlu membayar kaffarah.(7)

Kaffarah ataupun denda bagi orang yang melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan sengan sengaja terbahagi kepada 3:

I) Membebaskan seorang budak ataupun hamba mukmin lelaki ataupun perempuan (sekiranya mampu)

2)Berpuasa selama dua bulan berturut-turut tanpa terputus (sekiranya mampu)

3.memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

Denda di atas hendaklah dipilih dari urutan pertama, sekiranya tidak mampu perlu melihat kepada urutan ketua dan seterusnya.

Pexels.com

e) Mengeluarkan air mani dengan sengaja

Hukum orang yang mengeluaran mani dengan sengaja adalah batal puasanya.

Dia harus meneruskan puasanya seperti biasa sebagai menghormati bulan Ramadhan. (8)

Dia juga wajib menggantikan puasanya yang terbatal disebabkan onani sebelum menhjelang puasa pada tahun hadapan. Sekiranya dia masih tidak berbuat sebegitu, maka wajib baginya puasa ganti dan membayar fidyah.

Namun, jika keluarnya mani kerana bermimpi di siang hari ataupun kerana sakit tertentu, maka puasanya tidaklah terbatal.(9)

f) Datang darah haid atau nifas.

Diharamkan berpuasa bagi wanita haid dan nifas, dan wajib bagi wanita itu meng-qadha hari-hari puasa pada hari-hari lain 

Berdasarkan hadits dalam Ash-Shahihain, dari Aisyah radhiallahu ‘anha, bahwa ia berkata, “Kami diperintahkan untuk meng-qadha puasa dan tidak diperintahkan untuk meng-qadha shalat”, ia mengucapkan hal itu karena ditanya oleh seorang wanita, “Kenapa wanita haid harus meng-qadha puasa, tapi tidak meng-qadha shalat?” Kemudian, Aisyah radhiallahu ‘anha menerangkan, bahwa hal ini adalah petunjuk yang harus diikuti berdasarkan nash.(9)

Hadis ini jelas menunjukkan larangan berpuasa bagi wanita yang datang haid dan nifas.

Jadi, mereka tidak diwajibkan berpuasa sepanjang tempoh tersebut dan wajib mengqada’ puasa apabila mereka telah suci daripada hadas.

Pexels.com

g) Gila dan murtad.

Orang yang gila adalah orang yang sudah hilang pertimbangan akal yang waras. Jadi tidak diwajibkan puasa ke atasnya.

Orang yang murtad pula adalah orang yang telah berpaling dari ajaran Islam. Jadi tiada kewajipan berpuasa juga ke atas dirinya.

Pexels.com

Jadi itulah beberapa tips Ramadhan yang perlu anda tahu!

Yang paling penting pada bulan Ramadhan ni kita mestilah cuba untuk mengelakkan pembaziran.

Jangan berbelanja mengikut nafsu sampai lupa matlamat utama kita menunaikan ibadat puasa.

Semoga bermanfaat dan selamat menjalani ibadah puasa!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%