Search Results for: Nur Amirah Ishak

  • ,

    Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

    “Perniagaan Inas macam mana? Semuanya okey?” Inas menghidangkan secawan kopi pekat kesukaan atuknya diikuti sepiring biskut kering. Hujan-hujan sejuk begini minum kopi cecah biskut sangatlah mendamaikan. “Alhamdulillah, setakat ini baik sahaja. Allah hadirkan Inas rakan-rakan yang sangat membantu serta staf-staf yang hebat-hebat akhlaknya.” “Syukur ke hadrat Ilahi. Setelah mendung petir melanda, Allah hadirkan sinar mentari […]

  • ,

    Harta Dunia Atau Akhirat (Bahagian 2-akhir)

    Farhan kembali termenung. Sama seperti sebelum ini, bila jawab sepatah dua, dia termenung, seolah-olah sedang berada dalam dunianya sendiri. “Oh ya, ini dokumen EL yang kamu nak saya luluskan tempoh hari. Maafkan saya sebab lambat serahkan pada kamu dan saya pun lupa nak suruh kamu ambil sendiri atas meja.” Alang-alang sudah ada sekali ni, Inas terus […]

  • ,

    Harta Dunia Atau Akhirat (Bahagian 1)

    “Boleh saya tahu siapa yang akan ketuai trip ke Korea ni nanti?” Inas melontarkan pertanyaan sambil membelek proposal perjalanan terbaharu yang diterima untuk diluluskannya. Daud dan Zafran memandang sesama mereka seolah-olah sedang berbincang sesama sendiri. Inas sabar menanti jawapan sambil meneliti isi proposal itu lagi. Saif yang masih setia di meja perbincangan itu juga turut […]

  • ,

    Suka Membesarkan Keburukan Sehingga Terlupa Segala Kebaikannya

    Tersebutlah kisah, terdapat satu tembok dinding yang berwarna putih suci berseri. Dinding itu tersangatlah putih hingga membuatkan orang-orang yang melihatnya jatuh cinta. “Wah, cantiknya dinding ni! Putih jeee…” “Uishh… dinding baru cat ke ni? Putih betul! Sejuk mata memandang.” Dan banyak lagi pujian-pujian yang dilontarkan kepada dinding tersebut. Pada suatu hari, ada seekor cicak ‘melepaskan […]

  • ,

    Dua ‘S’ Yang Ramai Orang Selalu Terleka – Senyum & Sedekah

    Saya ada seorang kenalan yang sangat hebat di mata saya. Namanya Muhammad Saif Syahrul. Saya panggilnya Syah. Hingga ke hari ini, seperkara dua nasihat daripadanya yang saya ingat dan pegang erat-erat, ingin saya kongsikan bersama. Dua ‘S’. Ya, itu yang Syah sampaikan pada saya beberapa tahun yang lepas, sebelum Syah berhijrah. Apa itu dua ‘S’? […]

  • ,

    Jaga Hak Allah, Allah Akan Jaga Kita

    “Kenapa prestasi kita tiga bulan ni jadi macam ni?” Saif menongkat dagu sambil rehat seketika. Dia baru sahaja selesai meneliti fail ketiga organisasi itu. Mindanya mulai penat. “Jadi macam mana?” Inas kembali menyoal sahabat baiknya itu. “Yelah, semakin sikit sales yang masuk. Tak agresif seperti sebelum ni. Kita pun dah lama tak buat trip baru,” Amani […]

  • ,

    Optimis Saja! Jangan Gentar Untuk Mengukir Impian!

    Orang yang beriman wajib untuk optimis. Optimis terhadap masa depannya serta optimis terhadap masa depan Islam. Optimis itu sangat berkait rapat dengan harapan. Orang yang optimis pasti tidak akan jemu untuk memasang cita-cita dan impian, kerana cita-cita serta impian itu adalah harapan! Terdapat banyak ayat dalam Quran di mana Allah mengingatkan kita untuk berharap serta […]

  • ,

    Kau Dan Aku, Jangan Patah Harapan!

    Setiap kita ialah pendosa kerana kita bukan para Nabi dan Rasul, yang Allah janjikan maksum buat mereka. Melakukan kesilapan itu adalah sebahagian daripada fitrah kita sebagai manusia. Kita semua sama. Pendosa. Yang membezakan kita adalah taubat dan usaha perbaiki diri. Ada pendosa yang terus tenggelam dengan dosanya, dek kerana termakan hasutan yang menafikan adanya keampunan […]

  • ,

    Kita Tidak Tahu Apa Yang Mereka Telah Lalui

    Nur Inas termenung membawa perasaannya dalam sekali. Tersentuh hatinya dengan kisah perang Uhud ketika dia bertadabbur surah Ali Imran yang mengisahkan tentang perang itu. Allah berfirman dalam surah itu bahawasanya Allah menjadikan kekalahan dalam perang Uhud asbab untuk menguji kaum muslimin. Ujian kekalahan itu sebenarnya untuk mengukuhkan iman para sahabat dan meninggikan lagi darjat mereka. […]