,

Nak Belajar Cara Jimat Di Tempat Kerja?

Nak Jimat Sehingga RM3528 Setahun Sambil Bawa Bekal Ke Tempat Kerja?

Korang ingat tak masa zaman sekolah dulu-dulu bawa bekal ke sekolah? Lepas tu kongsi makanan dengan kawan-kawan lain. Macam- macam jenis makanan dapat rasa.

Kadang-kadang duduk kat kantin, kadang-kadang duduk bawah pokok sambil makan bekal makanan. Best kan?

Tidak kira kerja di pejabat, kilang mahupun ladang sekalipun. Bawa bekal ke tempat kerja adalah salah satu idea yang bagus. Selain berjimat, perbelanjaan harian dapat di kawal.

Dengan kos sara hidup yang tinggi terutama korang yang keja kat kawasan bandar. Harga makanan pun tak kalah juga mahalnya.

Kalau korang boleh jimat denga bawa bekal kenapa nak merungut makanan kat luar mahal kan?

Kalau kalau korang kira-kira banyak juga korang boleh jimat belanja makan tau. Anggaran sebulan je dah boleh jimat dalam RM294.

Kalau setahun korang boleh jimat sampai RM3528. Wow! Banyak tu, hujung tahun boleh melancong oversea tu! Tapi kalau nak simpan pun boleh juga. Macam mana boleh dapat banyak tu ek? jom kita kira,

Sarapan pagi RM 4 (Nasi lemak telor mata+ teh panas)
Makan tengahari RM 10 ( Nasi campur + air sirap bandung)
Total RM 14

Kiraan Sebulan RM14 x 21 hari bekerja = RM294
Kiraan Sebulan RM294 x 12 bulan = RM3528

Kiraan di atas adalah anggaran kasar sahaja. Kalau lain menu makan, lain harganya. Ia tak termasuk parking kereta (kos juga tu). Kalau kerja area bandar utama, caj parking kereta memang tak boleh nak elak. Nak parking free tepi jalan je? Suka hati korang lah.

Jadi, idea bawa bekal ke pejabat memang pratikal dan memang boleh berjimat, sama ada korang betul –betul nak berjimat atau tak je kan?

Terpulang pada pilihan masing-masing. Jangan banding diri dengan orang lain. Mungkin kawan-kawan kat tempat kerja gaji pun lebih kurang sama.

Tapi diaorang tak tahu komitmen kita banyak setiap bulan. Lagi-lagi yang dah berkeluarga, anak-anak pun dah bersekolah. Tapi tak bermakna yang bujang pun boleh belanja sakan tau.

Akan datang nak nikah anak orang pun kena menyimpan juga. Tepuk dada, tanya keperluan sendiri, bukan selera korang ye.

Selain tu, banyak faedah korang boleh dapat bawa bekal ni selain boleh kenyangkan perut. Antaranya
1. Tak perlu susah payah keluar makan jauh dari pejabat
2. Hujan ke panas terik ke tengahari, korang tenang-tenang je dalam pejabat
3. Tak lambat masuk pejabat lepas makan tengah hari.
4. Tak terperangkap dalam sesak jalan raya
5. Tak perlu pening pusing-pusing cari parking kereta

Sekarang terpulang kepada korang, mungkin kalau kali pertama bawa bekal ke pejabat tu memanglah segan sikit. Kalau kita mulakan, dan kawan-kawan lain pun ikut sama, kan best?

Duit yang dijimatkan banyak benda lain boleh dimanfaatkan seperti melancong bersama keluarga, langsaikan hutang atau nak tukar perabot baru pun boleh. Terpulang kepada keperluan masing-masing.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Zahid Zainal. Berasal dari Gombak. Misi penulis untuk berkongsi tips jimat-cermat yang pratikal dan dapat diamalkan walaupun dimana anda berada. Penulis benci pada pembaziran akan merugikan ramai orang.

Penulis telah menerbitkan ebook tips jimat cermat dan telah berada 3 tahun di dalam pasaran online. Ebook ini telah memberi manfaat beratus-ratus orang yang telah mendapatkannya.

Sila klik http://bit.ly/TipsJimatCermat untuk info lanjut.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%