,

Mencari Jannah

“Mana milik kita? Apa yang kita ada?”

“Allah.”

Dari celahan suara ramai yang menjawab kita tiada apa-apa ada suara perlahan tapi jelas menjawab kita ada Allah. Aku tarik senyum mendatar depan mereka.

Dalam hati rasa kelat. Benarlah kita manusia tiada apa-apa tapi kita ada Allah. Ketika kita punya Allah itulah titik kita punya segalanya.

Hidup ini adalah sebuah ujian dan pinjaman dari Allah. Ujian dihadirkan untuk sentiasa mengembalikan kita ke jalan yang lurus.

Ujian itu satu wadah untuk sentiasa membawa kita pada pilihan yang diredhaiNya.

Seberapa jauh dan dahsyat sekalipun kita tersasar Dia pasti meletakkan kita pada tempat dan jalan sepatutnya selagimana dalam hati kita tidak pernah berhenti mengharapkan hidayah dan rahmahNya.

Hidup ini tidak selalunya bergerak mengikut kemahuan dan kehendak kita tapi satu hal yang pasti ianya mengikut apa yang terbaik dari Allah untuk kita.

Sedih kecewa duka mahupun bahagia itu adalah rencah dan rasa yang cukup dariNya. Ianya adalah tarbiah untuk menjadikan kita hamba yang terbaik di sisiNya.

Tenang dan redhalah ketika ditimpa ujian. Sesungguhnya setiap ujian yang dikirimkan itu adalah cukup dan mampu sifatnya. Allah itu sudah terlebih dahulu meneliti sebelum kita.

Kita tidak disusahkan Tuhan melainkan dimampukan olehnya. Cuma barangkali sebagai hamba syukur di hati itu terlalu sedikit lalu ujian itu dirasakan terlalu melata.

Allah tidak pernah menghalang kita untuk merasa sedih sekalipun. Sesungguhnya yang Allah inginkan dari hambaNya itu ialah tidak pernah melupakan Dia ketika kita di puncak mahupun di dasar.

Sedihlah sebagai manusia dan redhalah sebagai hamba. Segala apa yan terjadi adalah perjalanan menuju syurganya.

Kembali padaNya. Kembalilah walau sejuta kali tersesat dan tersilap jalan.

Allah mampu menghilangkan segala apa pun dari sisi kita dan Allah jualah yang mengembalikan apa pun bahkan seisi dunia sekalipun kepada kita.

Bergeraklah dan berjalan di dunia ini dengan bermatlamatkan syurga nan abadi pasti jalan itu dipermudahkan. Carilah jannahNya.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Noor Faieza binti Ramli. Berasal dari Kuala Rompin, Pahang. Melanjutkan pengajian dalam ijazah sarjana muda Al-Quran dan Sunnah dengan Komunikasi.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%