, ,

Maksiat, Taubat, Maksiat Lagi, Taubat, Lepastu Maksiat Lagi dan Lagi.

Apabila syaitan sedang berbisik memanggil, secara langsung mengisyaratkan kepada kita bahawa perang telah dikumandangkan melawan segala nafsu serakah dunia kebinasaan.

Perang ini menggunakan senjata pemusnah mempunyai keazaman yang tinggi untuk bersatu memperoleh kemenangan untuk menewaskan dan menjatuhkan sebanyak-banyak korban.

Lalu tersungkurlah ia hancur dan tewas jua akhirnya!

Ini adalah gambaran terhadap punca kemaksiatan yang jadi penyebab untuk seseorang itu menerima atau melawan bahkan ketika mahu menentangnya.

Ibnul Qayyim RH berkata penyebab seseorang itu sering melakukan kemaksiatan adalah apabila perbuatan itu dilakukan secara berulang-ulang sehingga menjadi suatu kebiasaan. 

Lalu lintasan idea dan dorongan melakukan sentiasa membuak-buak kerana rosaknya perbuatan disebabkan oleh kerosakan akal dan fikiran.

Beliau juga berkata, ‘apabila anda sanggup untuk menolak syaitan yang terlintas dalam benak anda, maka dengan sendirinya ia akan hilang lenyap dari diri anda. Namun, jika anda menerima idea tersebut, maka ia akan menjelma menjadi fikiran yang akan mengusik anda.

Ramai orang mendakwa dan berkata: “Saya sudah pun bertaubat,”. Tapi sayang seribu kali sayang, taubat itu amat rapuh malah ‘kosong’ kerana dibina atas tapak kejahilan.

Maka taubat yang dibuat mestilah atas dasar kesedaran dan keinsafan, bukan sekadar ungkapan kosong, penuh kelalaian dan lakonan semata-mata.

Antara perkara asas selain Allah memerintahkan kita untuk bertaubat, Allah juga memerintahkan kita supaya me’nasuha’kan taubat itu. 

Bererti taubat bersungguh-sungguh dengan penuh penyesalan dan sesalan. Yang murni dan tulus lahir batinnya.

Firman Allah SWT bermaksud: 

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (murni), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam sungai yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”.

“Ketika kamu sudah letih melakukan maksiat. Kamu bertaubat, kemudian mengulangi maksiat tersebut, kemudian bertaubat lagi, kemudian mengulanginya lagi..

Amalkan doa ini:

Doa Sheikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah.

اللَّهُمَّ حَرِّمْنِي لَذَّةَ مَعْصِیَتِكَ، وَارْزُقْنِي لَذَّةَ طَاعَتِكَ.

“Allahumma Harrimni Lazzata Ma’siyatika, Warzuqni Lazzata Too’atika”

“Ya Allah, Haramkan ke atasku merasa Lazat akan melakukan Maksiat kepadaMu, dan Karuniakan aku rasa Lezat akan melakukan ketaatan kepadaMu”

Ahli sufi terkenal, Zunnun al-Misri berkata: “Hakikat taubat adalah kamu merasakan bumi yang luas ini menjadi sempit sehinggakan kamu terasa tidak dapat berdiri.”

Begitulah gambaran penyesalan yang sepatutnya berlaku dalam taubat kita. Barulah dosa kita benar-benar akan terampun di sisi Allah SWT. Sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Noorshahanim. Content Writer di digitalbrain.my

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%