,

Mainan Fantasi Generasi Kini

Dengan Namamu Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

Bermulalah kisah di sebuah sekolah.

*Batuk seketika*

“Net ne net, ne ne ne net….Bla***p*n*!!!” sekumpulan pelajar menyanyi beramai-ramai.

“Allah, terkejut ustajah..” balas ustazah kepada anak muridnya.
Kemudian, ustazah tersebut menyambung perbualan mereka.

“Awak tahu ke maknanya?”

Seorang murid yang perasan tentang pertanyaan tersebut membalas, “Tak tahuuuuu ustazahhhhh”

“Hah, habis tu kenapa nyanyikan lagu yang tak tahu makna nya?” bebel ustazah tersebut.

Masing-masing terdiam.

Namun, terdapat seorang pelajar perempuan menunjukkan ketidakpuas hatiannya.

“Habis tu berdosa sangat ke ustazah nyanyi lagu tu?” tanya murid tersebut sambil dahinya mengerut.

Terkejut ustazah tersebut di atas soalan yang diberikan, cuba tenang untuk menjawabnya.

“Ok, lagu itu siapa yang buat?” soal ustazah tersebut sekali lagi.

“Orang korea lah ustazah, takkan itu pun tak tahu” dengan selambanya murid tersebut jawab.

“So, orang korea tu agama apa dan awak agama apa?” ustazah menambahkan persoalan supaya murid tersebut berfikir.

“Diorang tu agama Buddha dan Kristian lahh. Kita mestilah agama Islam” ujar murid tersebut.

Dalam diam, ustazah tersebut kagum betapa murid tersebut tahu sebenarnya tentang agama lain.

“Kita dengan diorang agama lain. Dalam sebuah Hadith Rasullulah s.a.w melarang umatnya menyerupai kaum lain. Jadi kenapa kita nak sama dengannya? Ini bukan ustazah yang pandai-pandai kata tapi ramai ulama dah larang ikut dan nyanyi lagu k*o*” balas ustazah tersebut.

Dalam diam, mahu sahaja ustazah tersebut jelaskan panjang lebar tentang hadith tersebut tetapi mereka hanyalah murid berumur 9 hingga 10 tahun.

Tiba-tiba ada seorang pelajar mencuit ustazah tersebut dan berkata .
“Tapikan ustazah, lagu tu kitorang terdengar daripada sekolah pagi.”

Mahu sahaja ustazah tersebut gelak melihat gelagat pelajar tersebut dalam masa yang sama terkejut.

Lalu ustazah cepat-cepat bertindak menutup diskusi tersebut.
“Oklaa, dahlahh. Yang pasti ustazah tak mahu awak nyanyi lagu merepek. Jom, dengar lagu sabyan nak?”

“Nak!!…” ramai-ramai berlari ke meja ustazah kerana mahu mendengar lagu Deen As- Salam.

Realiti kini, ramai anak muda dan kanak-kanak telah didedahkan pelbagai perkara hiburan.

Bahkan Netflix, Youtube, Google dan lain-lain telah digunakan secara besar- besaran.

Dunia dihujung jari memang sampai ke semua jari.

Tanya sahaja kepada masyarakat pelbagai lapisan siapa yang tidak tahu menggunakan internet?

Semua tahu, bahkan ada yang terjebak lebih kearah fantasi.

Fantasi yang melalaikan,
Fantasi yang menjatuhkan,
Fantasi yang menjadikan iman rapuh,
Fantasi yang menjadikan akhlak roboh,
Fantasi yang menyembah selain Yang Esa,
Fantasi yang menyebabkan manusia berdosa.

Mengapa memilih untuk berfantasi dengan hiburan yang melampau sehingga sanggup menggadaikan maruah diri dan agama?

Usaha untuk membina generasi perlulah melalui proses yang realiti mengikut budaya dan agama sesebuah negara. Tidak akan menjadikan contoh yang buruk sebagai ikutan tanpa usul periksa.

Pendakwah kini sentiasa berusaha menasihati masyarakat supaya tidak terlampau berfantasi dalam kemaksiatan. Bahkan mereka telah pun menukar metodologi dakwah dalam lapangan.

Sebagai contoh, team Tarbiah Sentap telah menyedari masalah golongan muda terbahagi kepada dua iaitu isu couple dan hiburan melampau.

Maka, mereka telah memilih jalan dengan meneruskan usaha dakwah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Bagi hiburan melampau, mereka meneruskan usaha murni dengan mengubah lirik lagu bagi lagu-lagu yang sering meniti di bibir anak-anak remaja.

Daripada menyanyi lagu yang tidak tahupun maknanya atau makna yang kurang baik telah bertukar kepada tahu dan lebih bermakna serta berpahala.

Alhamdullilah, sungguh kreatif team tersebut dalam menjadikan generasi realiti bukan generasi fantasi.

Mendidik generasi yang celik IT, bukanlah semudah seperti generasi dahulu. Dalam usaha mengubah manusia menjadi lebih baik pelbagai modul pembinaan insan telah dibina dan dicipta.

Namun, usah dilupa yang melancarkan dan mengizinkan adalah Dia Yang Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak.

Sesudah berusaha, memintalah kepada Dia supaya menunjukkan jalan yang benar kepada generasi-generasi kini dan mendatang.

*senyum*

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Sis Aainaa Zaki. Mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dan Diploma Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat, UniSZA. Sebarang info boleh rujuk FB (Aainaa Zaki) dan Instagram (Aainaa Zaki).

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%