, ,

Rumah Golongan Ansar Yang Dijadikan Penampungan Kepada Golongan Muhajirin

Madinah dijadikan tempat yang dihuni kaum Muslimin yang turut didatangi golongan Muhajirin dari Makkah. Bukan itu saja, golongan Ansar tidak berkira-kira untuk berkongsi harta, tempat, makanan dan sebagainya.

Jom kita lihat, antara rumah golongan Ansar di Madinah yang dijadikan rumah penampungan kepada golongan Muhajirin.

  • Rumah Mubasysyir bin Abdul Mundzir (di Quba)

Menempatkan sekelompok kaum Muhajirin termasuk lelaki dan perempuan. Antaranya ialah Umar bin Khattab, keluarganya, kaumnya, puterinya Hafsah beserta suami Ayyasy bin Rabi’ah.

  • Rumah Khubaib bin Isaf

Menempatkan Thalhah bin Ubaidillah, ibunya dan juga Shuhaib bin Sinan.

  • Rumah As’ad bin Zurarah

Menempatkan Hamzah bin Abdul Mutalib.

  • Rumah Sa’ad bin Khaitsamah (rumahnya dikenali sebagai Bait Al-Uzzab iaitu rumah anak-anak bujang)

Menempatkan sekelompok kaum Muhajirin yang belum menikah.

  • Rumah Abdullah bin Salamah

Menempatkan Ubaidah bin Al-Harits, ibunya Sukhailah, Misthah bin Uthathah, Thufail bin Al-Harits, Thulaib bin Umair, Al-Hushain bin Al-Harits.

  • Rumah Bani Jahjaba (Mundzir bin Muhammad)

Menempatkan Zubair bin Al-Awwam, isterinya Asma’ binti Abu Bakar, Abu Sabrah bin Abu Ruhm dan isterinya Ummu Kulthum binti Suhail.

  • Rumah Bani Abdul Asyhal (Sa’ad bin Mu’adz)

Menempatkan Mus’ab bin Umair dan isterinya Hamnah binti Jahsyin.

  • Rumah Bani An-Najjar (Aus bin Tsabit)  

Menempatkan Usman bin Affan dan isterinya Ruqayyah binti Rasulullah.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)