,

Larangan berpuasa selepas Nisfu Syaaban

Nisfu merupakan perkataan dari bahasa Arab yang bermaksud separuh atau setengah.

Jadi Nisfu Syaaban merujuk kepada pertengahan bulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban adalah pada malam 15 Syaaban. (2)

Apabila telah tiba pertengahan bulan Syaaban, ini menandakan bulan Ramadhan sudah sangat hampir.                   

“Jika telah tersisa separuh bulan Sya’ban, maka janganlah kamu berpuasa.” 

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)

Menurut hadis berikut, dinyatakan bahawa kita dah tak boleh puasa selepas nisfu sya’ban.

“Jadi macam mana dengan puasa yang belum habis ganti?”

“Kena bayar denda ke?”

Untuk menjawab pertanyaan di atas, kita perlu melihat kepada beberapa perkara sebelum membuat rumusan secara melulu.

Jika ingin memahami sesuatu hadis, kita tidak digalakkan untuk merujuk setengah-setengah.

Kita dianjurkan untuk  mencari hadis lain (takhrij) yang berkaitan untuk kepastian. Memang terdapat perselisihan  pendapat antara ulama dalam hal ini (1). Ada yang membenarkan puasa selepas 15 Syaaban dan ada juga yang melarangnya.

Jadi ada tak hadis berkaitan yang lain yang boleh dirujuk?

A.  Dalil-dalil  Yang Melarang Puasa Selepas 15 Sya’ban

1.  Dari Abu Hurairah R.A, katanya: “Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ تَصُومُوا

Maksudnya: “Apabila telah tertinggal separuh dari bulan Sya’ban, maka janganlah kamu berpuasa”

(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi dan Abu Daud)

2. Dalam lafaz lain,

إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَلاَ صَوْمَ حَتَّى يَجِىءَ رَمَضَانُ

Maksudnya: "Jika telah separuh bulan Sya’ban, maka tidak ada puasa sehingga tibanya Ramadhan.”

(Hadith Riwayat Ibnu Majah no. 1651)

3.  Dan dalam lafaz yang seterusnya pula,

إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَأَمْسِكُوا عَنِ الصَّوْمِ حَتَّى يَكُونَ رَمَضَانُ

Maksudnya: "Jika telah masuk separuh bulan Sya’ban, maka tahanlah diri daripada berpuasa hingga tibanya bulan Ramadhan.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

B.  Ulama’ -ulama’ Yang Membenarkan Puasa

1.Dibolehkan jika biasa berpuasa

لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ

Maksudnya: Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa, kecuali jika seseorang memiliki kebiasaan berpuasa, maka berpuasalah.

(Hadis Riwayat Muslim)

Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhaddzab menjelaskan bahwa puasa setelah nisfu Sya’ban dilarang jika sebelum nisfu Sya’ban tidak melakukan puasa. Jika sebelumnya melakukan puasa, maka diperbolehkan.

2. Hadis lain yang menyokong

إن وصله بما قبل النصف جاز وإن وصله بما بعده لم يجز

Maksudnya: “Jika seseorang menyambung puasa sebelum nisfu Sya’ban, maka diperbolehkan berpuasa. Jika hanya berpuasa setelah nisfu Sya’ban, maka dilarang.”

Ulama’-ulama’ seperti At-Tirmizi, Ibnu Hibban, Al-Hakim, At-Tahawi dan Ibnu ‘Abdil Barr telah mensahihkan hadis-hadis di atas.(5)

Menurut qaul yang muktamad dalam Mazhab Syafie hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban adalah haram dan tidak sah.

Walaupun hukumnya haram, peng­haraman berpuasa selepas Nisfu Syaaban dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian.

Ia bukan seperti pengharaman berpuasa pada lima hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa iaitu pada 1 Syawal dan 10 Zulhijah (hari raya puasa dan haji) dan juga tiga hari tasyrik.(4)

Pixabay.com

Syeikh Muhammad bin Qasim al-Ghazi dalam Fathul Qarib al-Mujib yang menjelaskan pelbagai jenis puasa yang dimakruhkan, salah satunya adalah puasa yaum as-syak, iaitu puasa di akhir bulan Sya’ban.(6)

Muhammad al-Ghazi telah menyenaraikan secara terperinci tentang puasa yang boleh dilakukan pada hari tersebut.

(ويكره) تحريماً (صوم يوم الشك) بلا سبب يقتضي صومه. وأشار المصنف لبعض صور هذا السبب بقوله (إلا أن يوافق عادة له) في تطوعه كمن عادته صيام يوم وإفطار يوم فوافق صومه يوم الشك، وله صيام يوم الشك أيضاً عن قضاء ونذر،

Maksudnya: “Dimakruhkan tahrim berpuasa pada hari syak (ragu) tanpa sebab yang melatarbelakangi puasanya. Dan mushannif menunjukkan sebagian contoh puasa yang memiliki sebab melalui kaulnya, “kecuali puasa tersebut menjadi kebiasaan” sebagai puasa sunnah. Sebagaimana orang yang membiasakan satu hari puasa dan satu hari berbuka (puasa daud). Maka ketika puasa tersebut bertepatan dengan hari syak, maka diperbolehkan berpuasa. Begitu juga dengan puasa untuk qadha dan nazar.”

Secara umumnya, puasa selepas nisfu Syaaban adalah haram hukumnya dan tidak sah puasa, KECUALI sebab-sebab berikut:-

1. Puasa sunat itu disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada dalam nisfu pertama (separuh pertama) Syaaban walaupun dengan hanya satu hari (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Syaaban) dengan syarat ia berterusan sehingga Ramadan.

Jika terputus walaupun dengan uzur puasa tersebut tetap  tidak boleh disambung lagi.

Contohnya, jika seseorang berpuasa sunat pada 15 Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Syaaban dan hari-hari berikutnya.

Tetapi jika setelah berpuasa pada 15, 16, 17 Syaaban, dia tidak berpuasa pada 18 Syaaban, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunat pada 19 Syaaban dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah masuk Ramadan.

2. Puasa sunat yang dilakukan menjadi amalan biasa seseorang (orang yang ahli puasa).

Contohnya, seseorang yang mengamalkan puasa setiap Isnin dan Khamis, maka tidaklah jadi halangan untuknya meneruskan puasanya itu.

3. Puasa qada sama ada qada puasa fardu atau qada puasa sunat yang berwaktu.

4. Puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ia tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nisfu kedua Syaaban.

Contohnya, seseorang bernazar mahu berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis itu sudah masuk dalam separuh kedua Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada hari tersebut.

Namun, jika dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nisfu kedua Syaaban, tidaklah boleh dia berpuasa dan tidak sah nazarnya itu.(3)

Jadi itulah sedikit sebanyak info tentang larangan berpuasa selepas nisfu sya’ban.

Semoga bermanfaat!

Insert Image

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%