Sufyan At-Tsauri digelar dengan سَجَّد (orang yang suka bersujud).
Dia sangat suka bersujud sehingga dahinya sangat hitam.
Dikatakan jika beliau sujud, beliau tidak akan mengangkat kepalanya sehingga hajatnya selesai dengan Allah.
Suatu ketika, Khalifah meminta dia untuk menjadi hakim.
Sewaktu itu gaji hakim lebih tinggi dari khalifah dan mempunyai kenderaan serta tinggal di rumah yang mewah.
Sufyan menolak pelawaan itu kerana sewaktu itu, dia merupakan seorang ulama’ Mekah yang terkenal.
Sememangnya beliau orang yang paling layak untuk menjadi hakim kerana beliau yang paling memahami masalah-masalah masyarakat.
Beliau menolak dengan santun dan berkata, “Saya tidak boleh menjadi hakim kerana saya takut jika saya salah dalam berhukum.”
Khalifah: Kau harus menjadi hakim juga.
Beliau dipaksa dan akhirnya beliau melarikan diri dari Mekah. Beliau berjalan dengan jubah yang menutupi kepalanya dan meninggalkan Mekah.
Setelah 3 bulan perjalanannya dia sampai di sebuah kebun kurma di Yaman.
Beliau menawarkan diri untuk menjadi pegawai di kebun kurma itu dan orang tidak tahu siapa dia.
Tuan kebun tersebut berkata dia akan memberikan gaji kepada Sufyan seperti pekerja-pekerjanya yang lain.
Sufyan : Baiklah, berikan saya tempat tinggal supaya saya boleh beribadah.
Dia ditanya namanya.
Sufyan: Nama saya Abdullah. Hamba Allah.
Setelah 3 bulan dia menjalankan tugasnya di kebun itu, dia ditanya apakah perbezaan kurma Madinah dengan kurma Mekah.
Sufyan: "Saya tidak pernah tahu apa perbezaannya kerana saya tidak pernah merasa sedikitpun kurma anda."
Tuan: "Selama 3 bulan melakukan tugas di kebun saya, kamu tidak pernah memakan sebiji kurma saya pun?"
Sufyan: "Demi Allah satu butir pun saya tidak pernah merasa kerana kamu tidak pernah mempersilakan saya."
Tuan: Adakah kamu mahu mencontohi kehormatan ibadah Sufyan At-Tsauri?
Sufyan diam dan tidak berkata apa-apa.
Beliau mengemas barangnya dan meninggalkan kebun tersebut.
Pemilik kebun ini mendengar berita bahawa amirul mukminin menyuruh menangkap Sufyan secara paksa.
Siapa pun yang menangkapnya, akan dikurniakan emas. Berita itu tersebar dan amirul mukminin menyuruh menangkapnya, sama ada dia hidup atau mati.
Suatu ketika, datanglah teman tuan kurma ini di kebunnya mencari Sufyan.
Tuan kurma: "Ada pegawai saya apabila saya bertanyakan perbezaan antara kurma Hijaz Mekah dan Madinah, dia mengaku tidak tahu kerana tidak pernah merasanya sedikitpun kerana saya tidak pernah mempersilakannya."
Teman: Sebentar. Bagaimanakah ciri pegawai kamu?
Tuan kurma pun menyebut ciri-ciri Sufyan lalu temannya mengatakan itulah Sufyan.
Tuan kurma dan temannya bersepakat untuk menangkap Sufyan dan membawanya kepada amirul mukminin supaya mereka beroleh emas.
Sewaktu mereka ke kebun, Sufyan sudah tiada kerana telah kembali ke Mekah.
3 bulan kemudian, Sufyan pun sampai di Mekah, dia disambut dengan baik.
Oleh sebab dia antara ulama’ Mekah, ramai yang belajar dengannya.
Beberapa ulama’ lain menasihatkannya, “Wahai Sufyan, amirul mukminin sudah sangat marah, dia akan menghukummu.
Sufyan: "Saya lebih takut dgn raja yang sebenar kerana jika saya salah berhukum, ia akan memberi masalah. Amirul mukminin harus faham dan dia boleh menghebahkan supaya orang lain boleh mengganti saya."
Apabila amirul mukminin tahu Sufyan berada di Mekah, dia mencari Sufyan.
Amirul mukminin: "Saya akan membunuh Sufyan sendiri dengan tangan saya."
Sahabat Sufyan yang melihat peristiwa ini menceritakan, Sufyan apabila terdengar berita tersebut terus sujud solat 2 rakaat di depan Kaabah dan demi Allah, saya sudah selesai tawaf sebanyak 7 pusingan, dia belum mengangkat kepalanya.
Temannya mengatakan Sufyan sambil memegang kain kaabah mengatakan :
"Saya bersumpah denganMu wahai Tuhanku jangan biarkan khalifah ini memasuki Mekah."
Sewaktu amirul mukminin melewati pintu gerbang Mekah, dia sempat berkhemah dan meninggal sebelum masuk ke dalam Mekah.
Ibrah dari kisah ini adalah bagaimana takutnya Sufyan kepada Allah mengalahkan takutnya kepada pemimpin manusia dan dia meninggalkan jawatan yang tinggi kerana takut dihisab di hari kiamat kelak.
Betapa berhati-hatinya Sufyan dalam menerima amanah yang diberikan kerana takut tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.
Sewajarnya kita mempunyai perasaan begitu apabila memegang amanah yang dikurniakan kepada kita, dan jalankanlah amanah yang diberikan sebaiknya.
Rujukan:
Ibadah TV : Kisah Sahabat Yang Membuat Ustadz Khalid Menangis – Ustadz Khalid Basmalah