,

Kisah Si Gelandangan

“Pakcik ni kawan ayah.”

Waktu inilah kali pertama aku mengenalinya. Seorang pakcik berpakaian lusuh, rambutnya kusai, tapi hairan, tersangatlah hairan. Muka pakcik sangat bersih.

Tak macam muka gelandangan lain, tiada sebarang conteng kotoran di wajahnya. Tangan pakcik berdebu sedikit walaupun kukunya panjang tapi tiada kotoran hinggap di celah kukunya.

Kaki pakcik ditutupi dengan kasut tertutup walaupun lusuh tapi ditutupi dengan kesan jahitan tangan mugkin dijahit olehnya sendiri.

Aku dan ayah aku makan malam di sebuah kedai mamak berdekatan rumah selepas Isyak. Kata ayah walaupun ‘mamak’, ayah yakin makan di situ halal kerana ayah kerap kali terserempak pekerja di kedai tersebut solat di surau berdekatan.

Tambahan pula, makanan di sini enak dan harga pun berbaloi. Semasa kami sedang menjamu selera, lalu seorang pakcik di sebelah kami sambil memikul sebuah beg. Ayah tanpa segan silu menyapa pakcik tersebut.

“Dah makan, Mat?”

Pakcik tersenyum, menghampiri ayahku secara perlahan.

“Sudah tuan. Tadi dah makan kat belakang.” “Adik jangan risau, pakcik ni kawan ayah.” Sapa pakcik tersebut sambil memandangku. Mungkin dia merasakan aku tidak selesa dengannya. Aku hanya tersenyum.

Pada waktu petang yang redup, aku keseorang ke kedai mamak tersebut. Mama teringin nak makan tomyam katakan, tomyam dekat kedai mamak tu sedap dan terasa kick pedasnya.

Aku parking motor aku bersebelahan pakcik. Pakcik memandangku seolah-olah dia mengenaliku. Kuat juga ingatan pakcik ni, baru sekali jumpa dah kenal muka aku.

“Ha, adik letak je motor kat sini, pakcik tolong tengokkan.”

Aku balas dengan senyuman dengan mengucapkan terima kasih. Lantas, aku ke kedai mamak untuk melaksanakan hasrat mama. Sambil tu, aku jengah pakcik.

Memang betul dia tengokkan motor aku. Pakcik bersandar di tiang bangunan di hadapan motor, bibir terkumat-kamit seperti membacakan sesuatu. Pakcik ni mabuk ke?

Setelah selesai tujuan sebenar aku, aku menghampiri ke arah pakcik.
“Pakcik,terima kasih ye.” Sambil kuhulurkan sebungkus teh o ais.

“Alhamdulillah, rezeki pakcik harini. Terima kasih ya.” MasyaAllah! Islam rupanya.

Pada malam itu, aku menanyakan kepada ayahku tentang pakcik tersebut. Kata ayah, pakcik dah lama tinggal di situ katanya dihalau keluarga dari rumahnya sendiri.

Owner kedai mamak ada sediakan sofa panjang untuk pakcik istirehat di belakang kedai. Ayah tak pernah nampak pakcik mabuk mahupun hisap gam.

Lebih mengejutkan, setiap hari pakcik bersihkan dirinya di tandas surau berdekat kemudian, solat di kaki lima di surau.

Kata ayah, pakcik segan solat di dalam sebab beliau rasa dirinya kotor dan mungkin buat jemaah lain tak selesa.

Waktu tu, air mata jantan aku jatuh. Ya Allah, kuatnya iman pakcik ni walaupun beliau diuji seteruk macam ni masih menundukkan dirinya kepada si Pencipta.

Aku tergamam. Sedangkan aku? Kadang-kadang lalai, solat pun dihujung waktu. alQuran rajin malas sentuh.

Malam bersilih pagi, hari sering berganti. Tiga bulan sudah berlalu, sudah lama aku tidak singgah ke kedai mamak. Ayah pun sudah lama tidak mengajak ku semenjak beliau sibuk dengan urusan kerjanya.

Katanya ada urusan penting perlu diselesaikan sehingga terpaksa pulang sehingga lewat malam. Tambah lagi, final exam dah lepas jadi ayah sekarang sibuk menanda kertas di rumah.

Aku pula sibuk dengan tesis ku. Dateline dah tak lama. Kerja mengadap laptop menjadi rutin harian.

Aku terasa seperti ingin mengambil angin di luar. Ku pecutkan motor ke kedai mamak keseorangan selepas Isyak. Harini, aku order teh tarik dengan roti canai. Tambah pulak, harini ada perlawanan bola. Sangat gempak!

Tapi, aku kebingunan. Batang hidung pakcik harini tak nampak apatah lagi bayangnya. Mungkin pakcik ada pegi mana-mana kot.

Takpelah, mungkin harini bukan rezeki aku dengan pakcik nak berjumpa. Aku pun sebenarnya ada benda nak diborakkan.

Beberapa hari kemudian, aku menemani ayah ke pejabatnya. Tambah pula,ayah kata tak larat nak bawa kereta jadi, akulah pemandu persediriannya. Kami lalu di kedai mamak tu, pakcik tidak kelihatan.

Lantas, aku menanyakan ayah mengenainya.
“Dah lama Ajib tak nampak pakcik ayah. Dia pegi mana ayah.”
Raut wajah ayah berubah, seolah-olah terkejut.

“Ajib, kamu tak tahu? Pakcik Mat dah meninggal dua minggu lepas. Ada orang jumpa arwah dekat dalam surau. Ayah ingat kamu dah tahu.”

Innalillahiwainnailahirajiun….. mulianya kamu wahai si gelendangan. Allah menjemputmu di rumahNya sebelum kamu mengadapNya.

Takziah buatmu, rupanya rumahmu di Syurga. alFatihah.

Tamat.

Maklumat Penulis

Nama pena dyanz95 merupakan seorang pelajar graduasi Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam di Unikl Business School. Kini penulis melanjutkan pelajaran master Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Follow up perjalanan hidup penulis di instagram : xxdiyanaxxunknown

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Total votes: 4

Upvotes: 4

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%