,

Kisah Inspirasi Susu Terakhir

Terdapat sebuah kisah menarik yang didengarkan dari As-Syeikh Professor Dr. Iman Ar-Ruhili Hafizhallahu.

Beliau adalah salah seorang guru besar Masjid Nabawi. 

Beliau menceritakan ada seorang lelaki yang jatuh ke dalam perigi, dia hampir tidak terselamat namun orang-orang yang ada di kampung itu menyelamatkannya.

Setelah keadaan kembali tenang, lelaki ini diberi minum air susu.

Orang-orang di kampung kemudian bertanya, “bagaimana kau boleh terjatuh ke dalam perigi tersebut? Apa yang berlaku?”

Lelaki ini kerana dia sudah terselamat dan berasa segar kerana meminum air susu, dia kemudian mengatakan, “mari ikut saya. Saya akan perlihatkan apa yang terjadi.”

Dia kemudian kembali ke perigi tempat dia terjatuh kemudian dia menceritakan dalam keadaan sedikit menunduk dan dia terjatuh sekali lagi.

Kali ini, dia tidak terselamat. Ajalnya tiba. Allah S.W.T. mencabut nyawanya.

Kemudian, Syeikh memberikan komen terhadap kisah ini.

Ini adalah bukti bahawasanya seseorang tidak akan mati sehingga dia menikmati rezekinya yang terakhir.

Lelaki ini mendapatkan rezeki yang terakhir iaitu susu yang segar.

Ini mengingatkan kita kepada sabda Rasullullah S.A.W. di dalam Sahihul Jami’:

إنَّ رُوحَ القُدُسِ نفثَ في رُوعِي ، أنَّ نفسًا لَن تموتَ حتَّى تستكمِلَ أجلَها ، وتستوعِبَ رزقَها ، فاتَّقوا اللهَ ، وأجمِلُوا في الطَّلَبِ ، ولا يَحمِلَنَّ أحدَكم استبطاءُ الرِّزقِ أن يطلُبَه بمَعصيةِ اللهِ ، فإنَّ اللهَ تعالى لا يُنالُ ما   عندَه إلَّا بِطاعَتِهِ                                                                                                              

Jibril, Ruhul Qudus membisikkan ke dalam hatiku, kata Rasullullah S.A.W. bahawa seseorang itu dia tidak akan mati.

Sehingga dia menyempurnakan umurnya yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sehingga ajalnya tiba.

Sehingga waktu yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. tiba dan dia tidak akan mati sehingga dia menikmati rezekinya yang terakhir.

Sehingga dia meminum titisan air yang Allah telah tetapkan untuknya selama hidupnya.

Oleh itu, kata Rasullullah SAW, bertakwalah kepada Allah dalam mencari rezeki.

Jangan kerana kalian rasa kalian lambat mendapat rezeki, kalian mencari rezeki tersebut dengan cara-cara yang diharamkan oleh Allah.

Rezeki yang haram pada hakikatnya bukanlah rezeki kerana apa yang dia nikmati dari sesuatu yang haram jika dibandingkan dengan penderitaan yang akan dia alami di kemudian hari.

Oleh kerana itu, pada hakikatnya ia bukanlah rezeki sejati. 

Rezeki sejati adalah rezeki yang membawa keberkatan dan kecukupan dunia dan akhirat.

Rezeki dan ganjaran dariNya tidak boleh kita capai dengan sesuatu yang diharamkan tetapi hanya boleh kita raih dengan ketaatan kepadaNya.

Rezeki yang sejati adalah rezeki yang diraih atas ketaatan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

Akhir kata, kita dituntut mencari rezeki yang halal dalam kehidupan seharian.

Rezeki yang berkat itu bukanlah dari banyaknya hasil tetapi dari hati yang merasa cukup.

Rujukan:

Dorar.net : Sahihul Jami’ No. 2085

Yufid. TV-Pengajian & Ceramah Islam, Kisah Inspiratif : Susu Terakhir – Ustadz Johan Saputra Halim M.HI