Nabi Ya’akub mempunyai 12 orang anak termasuk salah seorangnya Nabi Yusuf.
Setiap anaknya memiliki kabilah sendiri. Terdapat 12 kabilah.
Semua keturunan 12 kabilah ini dibawa oleh Nabi Musa AS ke suatu tempat.
Sampai di suatu destinasi, diperintahkan oleh Nabi Musa kepada mereka untuk memasuki Baitul Maqdis.
Mereka ini mengatakan kepada Nabi Musa: Wahai Musa, Baitul Maqdis sekarang ini dijajah oleh orang-orang yang memiliki kekuatan luar biasa.
Kita tidak mampu melawan mereka.
Walhal ini perintah daripada Allah.
Kata dua anak murid Nabi Musa, kita ikut sahaja arahan Nabi Musa, nanti Allah akan beri pertolongan kepada kita untuk mengalahkan musuh yang merampas Baitul Maqdis.
Kesemua ini enggan mengikuti Nabi Musa.
“Wahai Musa, engkau pergi dengan TuhanMu. Berperanglah kamu berdua. Kami mahu duduk di sini.”
Tidak sepatutnya mereka mengucapkan perkataan sebegitu kepada Nabi Musa AS.
Oleh yang demikian mereka dihukum oleh Allah selama 40 tahun tidak tentu arah, bergerak daripada satu destinasi ke satu destinasi, esok pagi keadaan berubah lagi, tidak sampai-sampai.
Mahu memasuki Baitul Maqdis tetapi tidak sampai-sampai selama 40 tahun.
Perjalanan dari Mesir ke Baitul Maqdis sebenarnya beberapa hari sudah sampai.
Itulah hukuman daripada Allah terhadap orang yang berbuat jahat dengan mulutnya.
“Wahai Musa, engkau pergi dengan TuhanMu, engkau pergi sana, berperang, kami duduk di sini.”
Silapnya mereka adalah lisan mereka namun bukan sebarang perkataan dia mengatakan kepada Nabi Musa sehingga dalam 40 tahun ini.
Generasi yang hidup bersama Nabi Musa tidak seorangpun yang boleh memasuki Baitul Maqdis.
Yang memasuki Baitul Maqdis adalah keturunan yang lahir semasa tempoh 40 tahun itu.
Diharamkan oleh Allah untuk memasuki Baitul Maqdis pada ketika itu disebabkan mereka mengatakan kepada Nabi Musa dengan perkataan yang sangat kurang ajar
Rujukan:
Cocombee, Kisah Bani Israel Sesat Berjalan Selama 40 Tahun.. ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
https://www.youtube.com/watch?v=GRbAWoq38OE